BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NRES Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM Siasat Pemindahan Gajah Ke Jepun - Arthur

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

NRES Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM Siasat Pemindahan Gajah Ke Jepun - Arthur​

6e2f90b5082d4f31b061aa592a94cefd697b74f27b21c

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Arthur Joseph Kurup
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberi kerjasama penuh dan menyeluruh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung proses pemindahan tiga ekor gajah Asia dikenali Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kementerian mengambil maklum mengenai siasatan yang sedang dijalankan dan menegaskan komitmennya terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti serta kedaulatan undang-undang dalam setiap aspek pengurusan hidupan liar negara.

"NRES sedia memberikan kerjasama penuh dan menyeluruh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan ini berlangsung bagi memastikan proses siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh dan telus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arthur berkata kementerian tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan berkenaan.

Beliau berkata pendirian itu penting bagi memelihara integriti institusi serta nama baik negara di peringkat antarabangsa.

SPRM semalam mengesahkan kertas siasatan berhubung isu pemindahan DAK telah dibuka susulan dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam urusan berkenaan.

Pada 18 Jun lepas, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) telah menggesa SPRM menjalankan siasatan berhubung pemindahan DAK.

Pertubuhan berkenaan turut mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi dianggarkan bernilai RM53 juta.

 
Back
Top
Log in Register