BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Wanita minat ‘baju bundle’ jadi usahawan berjaya & tembusi pasaran global

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266
Usahawan-Bundle-960x680.jpg

Pengusaha pakaian terpakai atau bundle Che Anis Farahin Che Omar, 25, menunjukkan sebahagian pakaian bundle wanita ketika ditemui Bernama di kedai miliknya di Kampung Teluk Kintang, Jalan Sabak di Kota Bharu, Kelantan. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ogos 16, 2020 11:43 am

KOTA BHARU, 16 OGOS: Minat mendalam terhadap pakaian bundle atau terpakai mendorong wanita muda ini menceburi perniagaan itu, dan tidak sampai dua tahun, perniagaan pakaian terpakai berjenama yang bermula dengan modal RM50 tersebut berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Che Anis Farahin Che Omar, 25, berkata minatnya terhadap pakaian terpakai bermula sejak di bangku sekolah dengan hampir kesemua pakaian yang dipakainya adalah pakaian bundle.
“Saya mengusahakan perniagaan ini bersama suami, Ahmad Afiqq Asmadi, 27, pada 2018 secara dalam talian atas nama Rumah Bundle.

“Kami membekalkan pakaian vintaj melalui platform Grailed dan Etsy yang khusus untuk pakaian era tersebut dan mendapat sambutan memuaskan termasuk dari luar negara seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Teluk Kintang, Jalan Sabak baru-baru ini.

Menurut lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Politeknik Kota Bharu itu, beliau mengaplikasikan ilmu yang ditimba semasa pengajian untuk menjalankan perniagaannya.
“Boleh dikatakan lebih 80 peratus yang dipelajari dalam bidang ini membantu saya terus berjaya dalam perniagaan, malah saya turut didedahkan cara berniaga dalam talian serta membuat iklan di laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram,” kata ibu kepada seorang anak berusia dua tahun itu.
Menurutnya beliau memperoleh bekalan dari dalam dan luar negara, khususnya Thailand.

“Kebiasaannya, baju yang diperoleh akan dijual kepada pelanggan bermula harga serendah RM10 sehingga RM150 bergantung kepada kondisi dan juga jenama baju berkenaaan,” katanya.
Che Anis Farahin berkata susulan sambutan memuaskan itu, beliau membuka sebuah kedai atas nama Rumah Bundle yang kini menjadi tumpuan peminat pakaian terpakai berjenama selain turut membekalkan pakaian terpakai secara pukal ke luar negara.

“Saya tidak pernah sesekali menyangka perniagaan pakaian terpakai ini mampu memberi hasil pulangan yang lumayan, malah dapat menyamai pendapatan ‘orang makan gaji’.
“Justeru, saya sarankan siswazah yang masih menganggur agar menceburi bidang perniagaan dengan memanfaatkan platform media sosial kerana modal yang diperlukan tidak besar,” katanya yang kini meraih hasil jualan puluhan ribu ringgit sebulan.

-BERNAMA
 
bundle hanya utk org yang kenal bare sahaja. mlm mlm layan bundle live kat fb.
 
nak tanyala mcm mana ek baju2 bundle ni dikumpul dr luar negara ni ye,diorg kalu dah xnak pakai baju mmg ada tpt letgo baju ke..mcm kite kt sini xde plak baju harian kite kalu dah xnak pakai ada tpt utk dijual,paling2 sedekah kt org ataupun buang je
 
actually diorg nak dispose baju, negara lain bukan kite, ade 4 musim
selalunye setiap musim pakai lain2 baju
bundle ni ikut lucky masa beli, ade rezeki dapat beg (satu beg rm50 masa adik ipar aku beli) yg byk baju cun, mmg best
baju dalam beg tu random
 
oh maksudnye diorg setiap musim akan dispose baju tu mmg ada tpt pengumpulan baju la ye,bukan buang mcm tu je..diorg dispose baju ni gitu je ke atau dpt duit sikit?
 
oh maksudnye diorg setiap musim akan dispose baju tu mmg ada tpt pengumpulan baju la ye,bukan buang mcm tu je..diorg dispose baju ni gitu je ke atau dpt duit sikit?

xpasti sana dispose mcm mane
tp dalam beg tu mmg ade baju yg xley pakai langsung
baju dlm tu mmg random
sweeter, seluar, seluar pendek, baju, t-shirt, semua kecuali underware atau bra je xde
 
actually diorg nak dispose baju, negara lain bukan kite, ade 4 musim
selalunye setiap musim pakai lain2 baju
bundle ni ikut lucky masa beli, ade rezeki dapat beg (satu beg rm50 masa adik ipar aku beli) yg byk baju cun, mmg best
baju dalam beg tu random

aah kdg dpt yg siap ade tag x pakai lg..
 
kasut bundle adidas zx750 permintaan mmg tinggi skrg. harga kadang kadang tk masuk akal walaupun status bundle.
 
Back
Top
Log in Register