BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Villa 4, Jumeirah: Rumah yang Tak Ada Siapa Sanggup Tinggal (Dubai)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1772187276799.png


Villa 4, Jumeirah: Rumah yang Tak Ada Siapa Sanggup Tinggal

Kisah-kisah benar penduduk expatriate di Dubai


Jumeirah adalah kawasan elit di Dubai. Villa-villa mewah, jalan-jalan bersih, pemandangan laut yang menakjubkan. Orang kaya dari seluruh dunia datang untuk tinggal di sini.

Tapi ada satu villa yang tak ada siapa mahu sewa lebih dari enam bulan.

Villa 4.


Kisah Kate, Bekas Penyewa



Nama saya Kate Naomi. Saya orang British, dan saya tak pernah percaya benda-benda karut macam hantu atau jin. Saya ni jenis praktikal - kalau tak boleh jelaskan secara sains, saya tak ambil kisah.

Tapi semua tu berubah bila kami sekeluarga pindah ke sebuah villa lama di Jumeirah.

Rumah tu memang cantik gila - besar, klasik, ada taman yang luas. Harga sewa pun reasonable untuk kawasan tu. Sepatutnya kami syukur dapat deal macam tu.

Minggu pertama, kami dah mula perasan benda-benda pelik.

Satu malam, saya duduk di meja makan dengan suami. Di tengah meja ada pinggan besar jenis china yang berat. Atas meja pulak kering je, tak basah.

Tapi, tiba-tiba, pinggan tu bergerak sendiri.

Bukan jatuh. Bukan tergelincir. Ia meluncur perlahan-lahan dari satu hujung meja ke hujung yang lain. Macam ada tangan yang tak kelihatan menolaknya. Kami berdua terpaku.

"Mungkin ada getaran dari luar kot," kata suami saya, cuba rasionalkan keadaan.

Tapi kami tahu. Meja tu kukuh. Takde sebab untuk pinggan tu bergerak macam tu.


Lepas tu, dapur gas mula hidup sendiri. Berkali-kali. Kami dah periksa - takde kebocoran gas, takde masalah teknikal. Malah, tukang yang datang pun tak jumpa apa-apa hal yang buruk.

Tapi setiap malam, bila semua orang dah tidur, api dapur tu akan menyala sendiri.

Dan, yang paling menakutkan adalah mainan anak saya…

Dia ada kereta remote control. Setiap malam, kereta tu akan bergerak sendiri - mengelilingi ruang tamu macam ada orang tekan controller. Tapi controller tu ada atas rak, dan takde siapa yang sentuh.

Anak saya mula takut nak tidur. Dia kata ada "orang" yang masuk bilik dia malam-malam.



Kami akhirnya panggil seseorang untuk "bersihkan" rumah tu - seorang ustaz tempatan yang pakar dalam ruqyah. Dia baca ayat-ayat Quran di setiap sudut rumah. Lepas tu, dia cakap dengan kami:

"Rumah ni bukan kosong. Ada penghuni di sini. Diorang tak jahat sangat, cuma suka kacau. Tapi kalau korang nak duduk sini dengan aman, kena sentiasa jaga solat dan baca Quran."

Kami cuba ikut nasihat dia. Tapi selepas dua bulan, kami pindah juga.

Bukan sebab benda-benda pelik tu berhenti. Tapi sebab walaupun dah berkurang, kami masih rasa ada sesuatu yang memerhati setiap kali kami tutup lampu.

Dan perasaan tu... saya tak boleh tahan.

Dengar kata, sampai sekarang Villa 4 tu masih ada. Masih cantik dari luar. Masih murah sewanya.

Tapi takde siapa yang tinggal lebih dari enam bulan.



Kisah Pemandu Afghanistan


Nama saya Liaqat Hassan. Saya bekerja sebagai seorang pemandu peribadi, tinggal di Jumeirah 3 dengan majikan saya.

Di kawasan ni, kami semua tahu pasal ‘dia’ - Perempuan yang berjalan dengan kaki terbalik.

Ya, terbalik. Tapak kakinya menghadap ke atas, tumit menghadap ke depan. Tapi dia masih boleh berjalan - perlahan, tersengguk-sengguk, macam patung yang rosak.

Saya sendiri pernah nampak dia sekali. Waktu malam, dekat dengan villa yang semua orang panggil "bhoot villa." Masa tu saya sedang pulang dari menghantar majikan saya di satu tempat.

Benda alah tu berdiri di tepi jalan. Rambutnya panjang menutupi muka. Pakaian putih, macam kain kafan.

Saya perlahankan kereta. Entah kenapa, saya rasa macam kena berhenti. Macam ada tarikan.

Kemudian, dia angkat muka... Saya tak boleh nak gambarkan apa yang saya nampak masa tu. Yang saya tahu, saya terus tekan minyak dan memecut pergi dari situ selaju yang boleh.

Orang kata, sesiapa yang pandang tepat ke muka dia... akan jadi gila.

Saya tak tahu betul ke tak. Yang saya tahu, selepas malam tu, saya tak pernah lalu jalan tu lagi.




Keterangan Tukang Kebun Pakistan


Nama saya Shoaib Khan. Saya seorang tukang kebun, dan kerja kat kawasan Jumeirah ni dah tujuh tahun.

Kat kawasan ni, ada satu villa yang semua orang elak dari pergi atau lalu lalang. Tak ada alamat yang saya boleh bagi sebab saya sendiri takut nak sebut. Tapi semua tukang kebun, tukang cuci dan pemandu kat kejiranan ni semuanya tahu pasal rumah tu.

Bila masuk ke halaman rumah tu, automatik udara terus jadi sejuk. Bukan sejuk aircond - sejuk yang lain macam... Macam ada sesuatu yang menyedut kehangatan dari badan kita.

Anjing-anjing liar yang selalu berkeliaran di kawasan ni tak pernah masuk ke dalam kawasan rumah tu. Diorang biasanya hanya akan menyalak dari jauh, tapi takkan pernah datang dekat.

Saya pernah jugak masuk kat situ sekali, dapat upah potong rumput dan semak yang dah meninggi. Tapi baru lima minit, saya dengar suara berbisik dari belakang saya. Macam ramai orang bercakap serentak, tapi saya tak faham bahasa apa. Saya pun apa lagi, terus lari keluar. Sejak tu, saya tak pernah ambil kerja kat villa tu lagi, walaupun bayaran dia masyuk.



Penjelasan Sejarah


Kawasan Jumeirah ni dulunya adalah laluan karavan bagi para pedagang dari Iraq yang akan singgah di sini dalam perjalanan ke Oman. Bertahun-tahun, beratus-ratus tahun, manusia datang dan pergi.

Ada yang meninggal dunia dan dikebumikan di sini.

Tapi bila Dubai moden dibina, kubur-kubur lama tu ditimbus. Villa-villa mewah didirikan di atas tanah yang dulunya tanah perkuburan suku kaum Arab.

Orang kata, penghuni asal tanah tu tak suka diganggu. Mereka masih di situ. Menunggu. Memerhati.

Dan kadang-kadang, bila malam sunyi dan semua lampu dipadamkan... mereka keluar.



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register