PenglipurLara
Fun Poster
- Messages
- 681
- Joined
- Jan 14, 2025
- Messages
- 681
- Reaction score
- 29
- Points
- 30
Membesar di rumah lama peninggalan tahun 1800-an di tengah hutan belantara bukanlah sesuatu yang biasa. Rumah tu mungkin dulu bekas ladang tenusu... tapi itu tidak penting sekarang. Banyak kejadian pelik yang aku alami di situ, dan kali ni aku nak kongsikan yang paling menyeramkan.
Rumah tu ada empat tingkat kalau kira sekali dengan tingkat bawah tanah dan loteng. Pengalaman pertama aku dengan entiti pelik berlaku masa umur enam belas. Masa tu ibu bapa keluar, adik-adik berada di tingkat bawah manakala aku di pejabat di tingkat atas. Aku turun untuk ambil sesuatu, dan sewaktu lalu depan bilik tidur ibu bapa, pintunya tertutup rapat... tiba-tiba aku dengar suara perempuan cemas berbisik, "Tolong saya!" dari dalam bilik. Aku terkejut... ingatkan adik-adik cuba mengenakan aku. Tapi bila cek, takde siapa pun.
Tiga orang sahabat aku juga pernah beritahu yang diorang nampak benda yang sama di rumah tu. Yang pertama, kawan aku, Amir (nama samaran) kata dia pernah nampak lembaga perempuan dengan rambut paras bahu berkeliaran, pakai gaun ungu sama macam Nicole Kidman dalam filem The Others. Dia tengok kat dalam dan luar rumah.
Kemudian, bekas ipar aku, Liza (nama samaran juga), nampak sosok yang sama kat loteng. Segalanya sama... rambut, pakaian, malah katanya wanitu itu nampak baik semacam.
Yang ketiga, Nadia (pastinya nama samaran), dia tengah hanging out dengan anak buah dia Liyana (juga nama samaran). Bila realize dah lewat... aku pun nak hantar diorang balik. Nadia dulu masuk rumah, tapi tiba-tiba terhenti kat anjung dan tak buka pintu masuk. Aku tanya kenapa, dia pandang aku dengan mata ketakutan dan berbisik "Bobby, aku nampak dia."
Aku tanya apa yang dia maksudkan, dan dia cerita yang dia nampak perempuan yang sama Amir dan Liza nampak, tapi kali ni perempuan tu nampak marah... macam nak bunuh orang. Dia beritahu separuh muka perempuan tu dah jadi tengkorak. Wanitu itu menuju ke ruang makan dan terus ke pintu basement.
Mula-mula aku ingat dia bergurau, masuk je... tengok-tengok tombol pintu basement bergerak sendiri macam ada orang sedang cuba bukanya.
Laju aku ambil kunci kereta, hantar Nadia dan Liyana balik... dan malam tu aku tak boleh tidur langsung.