BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kampung Tinggal: Sesat Masuk Kampung Tak Berpenghuni (Negeri Kat Utara Semenanjung)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23


Kampung Mati: Sesat Masuk Kampung Tak Berpenghuni
(Negeri Kat Utara Semenanjung)


**Kisah Benar dari Sebuah Perkampungan Tinggal di Utara Tanah Air**





Sudin dah lama tak balik kampung.

Lebih 15 tahun dia merantau ke Melaka lepas mak ayah dia meninggal dunia. Bawak diri merantau dan bekerja sana sini. Tapi dia dah tak pernah balik jejak negeri tanah kelahiran kerana sedih terkenang orang tua.

Tapi akhirnya pada satu tahun tu, hati dia tiba-tiba rindu. Teringin nak tengok rumah pusaka. Rumah kayu tempat dia membesar dengan penuh kasih sayang.

Dia ambil cuti seminggu. Naik bas dari Melaka ke kampung halaman di utara Semenanjung.

Sampai di bandar berdekatan masa tu hari dah malam. Sudin pun sewa motosikal. Dia masih ingat lagi jalan ke kampung tu. Bukan jauh sangat pun. Dalam 20 minit je dari bandar.

Tapi...




Sesat


Sudin asyiklah berpusing-pusing kat tempat yang sama.

Satu jam. Dua jam.

Jalan yang dia ingat tu dah tak ada. Simpang yang dia hafal benau dulu dah hilang. Pokok-pokok kelapa yang dulu jadi penanda kawasan - entah ke mana tak nampak dah.
1772677413297.png




"Pelik gila," bisik Sudin. "Aku memang lahir sini. Mustahil boleh sesat-barat camni…"

Malam makin lewat. Hujan pun mula turun.

Kemudian Sudin ternampak sebuah kampung kecil di hujung jalan. Ada deretan rumah kayu. Ada kedai kopi. Lampu-lampu menyala samar.

"Baguslah," fikir Sudin. "Boleh tanya orang mana arah ke kampung aku."




Kampung Sunyi

Sudin masuk kampung tu.

Rumah-rumah ada. Lampu menyala. Tapi... tak ada orang.
Dia lalu depan kedai kopi. Kerusi ada. Meja ada. Cawan kopi separuh penuh atas meja. Tapi kedai kosong langsung takde manusia kat situ.


1772677750436.png


1772677750547.png



Dia lalu depan satu rumah. Tingkapnya terbuka. Langsir bergerak-gerak kena tiup angin. Tapi tak nampak kelibat sesiapa.

Seluruh kampung macam... baru ditinggalkan. Macam semua orang tiba-tiba hilang dalam sekelip mata.

Sudin mula rasa tak sedap hati.

Dia nak pusing balik, nak keluar dari kampung tu - tapi entah macam mana, dia dah sampai di tengah-tengah kampung. Dia nampak ada sebuah bangku panjang bawah pokok durian.

Dia dah letih. Badan dia sejuk. Dia turun dari motor, parking dan duduk sekejap.
1772677807379.png




"Nak Cari Siapa?"

Tiba-tiba ada sesuatu yang menyentuh bahu Sudin dari belakang.

Sudin terkejut gila dan terloncat bangun. Dia pusing.

Seorang lelaki tua berdiri di belakangnya. Senyap-senyap mMuncul entah dari mana.

Pakaiannya... lain. Baju Melayu putih, kain pelikat corak lama. Macam fesyen orang dulu-dulu.

"Nak cari siapa, nak?" tanya lelaki tua tu. Suara dia lembut tapi bergema - macam datang dari jauh walaupun dia berdiri dekat je.

"S-saya nak cari kampung saya pakcik. Nama dia Kampung Paya Bunga. Saya nak balik ke rumah arwah mak ayah saya."

Lelaki tua tu senyum. Tapi senyuman dia... tak sampai ke mata. Mata dia macam kosong.

"Kampung Paya Bunga dah tak ada, nak. Dah lama sangat. Kau ni dah tersilap masuk."

"Tersilap masuk... mana?"

Lelaki tua tu tak jawab. Dia cuma tunjuk ke arah belakang Sudin.

Sudin pusing.

Di atas motor dia - motor yang dia park 50 meter jauhnya tadi - ada seorang perempuan tua duduk. Muka dia tersembunyi dalam kegelapan. Tapi Sudin boleh dengar dia sedang humming sesuatu. Lagu tanpa lirik. Hanya irama yang memilukan.

Dan motor tu... tiba-tiba bergerak sendiri tanpa sesiapa yang menunggang. Menghala ke luar kampung. Meninggalkan Sudin.



1772678454539.png



Pengsan


Sudin tak ingat apa-apa selepas tu. Dia pengsan.

Bila dia sedar, dia dapati diri dia terbaring kat tepi jalan. Matahari dah tinggi. Motor dia ada sebelah tapi minyaknya dah habis.

Ada seorang pak cik yang lalu dengan motosikal berhenti tolong dia.

"Hang ok ka? Awat hang tidoq kat sini, nak oi?"

Sudin yang masih terpinga-pinga, tergagap-gagap ceritakan apa yang jadi malam tadi.

Pak cik tu dengar. Muka dia terus berubah.

"Haish... kampung yang hang ceghita tu... dah tak dak orang dah. Dah berpuluh tahun tak dak penghuni. Orang kampung situ suma dah pindah keluaq. Orang-orang tua pulak suma dah meninggai. Tinggai rumah-rumah kosong ja."

Sudin terkedu.

"Jadi... siapa yang saya jumpa semalam?"

Pak cik tu geleng kepala. Dia tak jawab. Cuma tolong Sudin bangun dan hantar dia ke balik ke bandar yang dia tiba semalam.






Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 

Attachments

Last edited:
Back
Top
Log in Register