BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al Madam: Kampung Yang Ditinggalkan Akibat Gangguan Jin (UAE)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1772333713946.png


1772334147090.png




Al Madam: Kampung Yang Ditelan Pasir

Kisah benar kampung di UAE yang ditinggalkan penduduknya kerana gangguan jin



Di sempadan Sharjah dan Oman, tersembunyi di tengah-tengah padang pasir, ada sebuah kampung yang sepatutnya tidak wujud. Bukan sebab ia dimusnahkan. Bukan sebab ada perang atau bencana.

Tapi sebab ia ditinggalkan.

Seluruh penduduk kampung lari. Dalam masa beberapa tahun je. Meninggalkan rumah, perabot, pakaian, mainan anak-anak... semuanya.

Dan sekarang, kampung tu tengah ditelan hidup-hidup oleh pasir gurun.

Nama tempat tu - Al Madam.

Orang tempatan panggil ia "Kampung Jin" atau "Kampung Hantu."





Sejarah Kampung


Al Madam dibina pada akhir 1970-an sebagai projek perumahan kerajaan UAE (projek perumahan Sha'bi).

Tujuannya mulia - untuk memberi tempat tinggal tetap kepada suku Al Kutbi, sebuah kabilah Badwi yang selama ini hidup nomad di padang pasir.

Kampung tu kecil je - cuma 12 buah rumah dan sebuah masjid. Rumah-rumah tu cantik, dibina dengan rekaan moden masa tu. Lantai bermozek. Dinding bercat pastel - biru, kuning, hijau muda. Tingkap besi dengan kaca berwarna. Laluan batu marmar menghubungkan setiap rumah. Untuk masa tu, ia macam syurga kecil di tengah padang pasir.

Penduduk mula masuk dan menetap. Anak-anak berlari di halaman. Azan berkumandang dari masjid setiap waktu solat. Kampung tu hidup. Tapi tak sampai 15 tahun kemudian...

Pada pertengahan 1990-an, seluruh kampung tu kosong.

Semua orang hilang.





Apa Yang Terjadi?



Inilah bahagian yang tak ada siapa boleh jelaskan dengan pasti.

Penjelasan rasmi: Keadaan cuaca yang teruk. Ribut pasir yang kerap melanda. Pasir masuk ke dalam rumah tak kira berapa kali dibersihkan. Tiada elektrik yang stabil. Infrastruktur yang lemah.

Tapi penjelasan ni tak masuk akal pada banyak orang. Sebab kalau betul masalahnya cuma cuaca dan pasir, kenapa penduduk tinggalkan semua barang mereka?

Bila wartawan Gulf News melawat kampung tu pada 2019, mereka jumpa:

  • Buku sekolah dari tahun 1980-an masih dalam rumah
  • Perabot lama yang separuh ditimbus pasir
  • Mainan kanak-kanak yang berkarat
  • Majalah lama yang hangus tepi
  • Pintu-pintu yang terbuka luas, macam orang keluar terburu-buru

1772334089168.png


Dan yang paling pelik...

Epal segar.

Ya. Epal segar yang diletakkan di atas timbunan pasir, dengan nombor-nombor pelik ditulis di atasnya.

Siapa yang letak? Untuk apa? Tak ada siapa tahu. Tapi berkemungkinan besar adalah sisa ritual ilmu hitam atau pemujaan oleh pengunjung yang cuba 'menyeru' entiti kat situ.

------
Nota:
Epal biasa digunakan dalam budaya ilmu sihir dan bomoh kat sana. Nombor-nombor tu biasanya kod atau mantera yang ditulis untuk:

• Memanggil sesuatu
• Mengikat sesuatu
• Atau... memberi makan sesuatu

Epal tu mungkin jamuan untuk jin. Orang yang amalkan ilmu hitam selalu guna buah-buahan sebagai medium - terutama epal sebab dalam banyak budaya, epal dikaitkan dengan alam ghaib.





Umm Duwais: Ibu Segala Jin


Orang tempatan ada cerita lain tentang kenapa Al Madam ditinggalkan.

Ceritanya bermula dengan seorang jin perempuan yang dikenali sebagai Umm Duwais.

Dalam kisah rakyat orang Arab, Umm Duwais ni adalah salah satu jin paling ditakuti. Namanya bermaksud "Ibu Duwais" - dan dia bukan jin biasa.


Rupanya:
Umm Duwais menyamar sebagai perempuan cantik yang menawan. Tinggi lampai. Memakai pakaian tradisional yang elegan. Matanya - ini yang membezakan dia - macam mata kucing. Bercahaya dalam gelap. Dan dia sentiasa dikelilingi bau minyak wangi yang sangat harum. Bau yang memukau. Bau yang menarik lelaki untuk mendekat.


Senjatanya:
Tangan Umm Duwais bukan tangan biasa - Ia adalah dua bilah parang yang tajam.
Bila mangsa dah cukup dekat, terpukau dengan kecantikan dan bau wanginya... dia akan menyerang. Memotong. Memakan.

Orang kata, jeritan mangsa-mangsa dia masih kedengaran di kampung Al Madam sampai sekarang.





Kisah Penduduk Yang Lari
(Berdasarkan temubual dengan penduduk sekitar Al Madam)


Menurut cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi, masalah di kampung Al Madam bermula secara perlahan-lahan.

Mula-mula, haiwan ternakan yang mati tanpa sebab. Kambing yang sihat tiba-tiba jatuh dan tak bangun lagi.

Kemudian, ada bunyi-bunyi pelik pada waktu malam. Sesuatu berjalan di atas bumbung rumah. Ketukan di dinding. Bisikan dalam bahasa yang tak dikenali.

Anak-anak mula bermimpi buruk. Ada yang mengigau dalam tidur, bercakap dalam bahasa aneh.

Kemudian, penampakan bermula.

Seorang lelaki - namanya tidak didedahkan - mengaku dia ternampak seorang perempuan cantik berdiri di hujung kampung pada waktu maghrib. Dia fikir mungkin tetamu dari kampung lain.

Dia pun berjalan menghampiri perempuan tu untuk bertanya khabar.
Tapi makin dekat dia berjalan, makin jauh perempuan tu kelihatan. Macam bayang yang bergerak mundur.

Bila matahari terbenam sepenuhnya dan gelap menyelubungi kampung...

Perempuan tu hilang.

Dan lelaki tu sedar dia dah berjalan hampir 2 kilometer ke dalam padang pasir tanpa sedar.
Dia lari balik ke kampung, menggigil ketakutan. Malam tu, dia demam panas. Mengigau selama tiga hari.

Bila dia sembuh, dia dan keluarganya angkat kaki cabut dari Al Madam. Tak pernah balik.





Kisah Pemburu Harta
(Dikisahkan oleh penduduk Al Shuwaib, kampung berhampiran)


Ada satu lagi cerita yang lebih mengerikan.

Kononnya, bila penduduk Al Madam lari, mereka lari dengan sehelai sepinggang - tinggalkan banyak barang berharga macam emas, wang tunai, barang kemas dan sebagainya.

Cerita ni tersebar, dan mula menarik pemburu harta dari seluruh UAE. Lelaki-lelaki muda yang tamak, yang tak percaya cerita jin, yang fikir mereka boleh masuk, ambil apa yang ada, dan keluar dengan kaya.


1772333988691.png



Salah seorang pemburu harta ni - seorang lelaki dari Dubai - masuk ke Al Madam pada suatu malam bulan penuh. Kawannya tunggu di kereta, enggan masuk. Lelaki tu masuk sorang. Bawa lampu suluh. Mula memeriksa rumah demi rumah.

Setengah jam berlalu. Sejam. Dua jam.

Kawan dia mula risau. Dia hon kereta. Panggil nama kawannya.

Tiada jawapan.

Akhirnya, dia memberanikan diri masuk ke kampung untuk pergi mencari mamat tu.

Dia jumpa kawannya di salah sebuah rumah - sedang duduk di satu sudut dengan mata terbeliak luas.

Langsung tak bergerak.

Dia tidak mati. Tapi juga tidak hidup dalam erti kata sebenar.

Dia macam kena kejutan yang sangat teruk sampai hilang akal. Mulutnya ternganga, tapi tak keluar suara. Matanya hanya memandang ke satu tempat di dinding, tak berkelip langsung.

1772334043291.png


Bila dibawa ke hospital, doktor kata dia mengalami "trauma psikologi yang teruk."

Tapi trauma dari apa? Dia tak dapat ceritakan… sebab, dia tak pernah bercakap lagi sejak peristiwa malam tu.





Keadaan Sekarang


Hari ini, Kampung Hantu Al Madam menjadi tarikan pelancong yang popular.

Orang ramai datang untuk mengambil gambar rumah-rumah yang separuh ditimbus pasir. Masjid dengan menara yang masih berdiri tegak. Bilik-bilik yang dipenuhi pasir sehingga ke paras pinggang.

Ada yang datang siang hari, mengambil gambar untuk dikongsi dalam media sosial. Dan ada yang lebih berani - datang waktu malam, berharap dapat nampak sesuatu.




Jason, seorang jurugambar dari Perancis yang melawat Al Madam pada 2024, berkongsi pengalamannya:

"Saya ajak kawan-kawan tempatan saya, orang Emirat, untuk ikut saya pergi sana. Diorang semua tolak. Kata tempat tu berpuaka. Saya pergi jugak sorang-sorang."

"Bila sampai... memang rasa lain maciam. Macam ada sesuatu yang tengah memerhatikan saya sepanjang masa. Tapi saya tak nampak apa-apa pulak."

"Yang pelik, bila saya tengok balik gambar yang saya ambil malam tu... ada satu gambar yang ada macam bayang di tingkap salah sebuah rumah. Bayang yang macam bentuk orang. Tapi masa saya ambil gambar tu, saya memang pasti takde siapa kat situ."





Amaran Penduduk Tempatan


Seorang lelaki Badwi dari Al Shuwaib, kampung berhampiran, memberikan amaran kepada sesiapa yang nak pergi Al Madam:

"Pergi siang hari, tak apa. Ambil gambar, tengok-tengok, pastu balik."

"Tapi JANGAN pergi malam. Jangan tidur kat sana. Dan kalau kau terbau bau wangi yang sangat harum... LARI."

"Sebab tu bukan minyak wangi manusia."

"Tu Umm Duwais."


1772334289471.png

1772334273158.png





Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register