BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aisha Qandisha: Ratu Jin Maghribi

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23

Aisha Qandisha: Ratu Jin Maghribi
~ Jin betina paling ditakuti di Afrika Utara - dan kisah-kisah mereka yang kena rasuk ~




Kalau di Timur Tengah ada El Naddaha, di Afrika Utara pula ada Aisha Qandisha, atau dalam dialek tempatan – lebih dikenali sebagai ‘Lalla Aisha’.

Dia bukan sekadar jin biasa.

Dia ratu.

Dan selama berabad-abad, nama dia disebut dengan penuh ketakutan dari Morocco hingga ke Algeria dan Tunisia.



Siapa Aisha Qandisha?


Dalam kepercayaan rakyat Maghribi, Aisha Qandisha adalah jin betina yang berkuasa tinggi dalam hierarki alam ghaib.

Rupanya seperti yang dikisahkan:

Aisha muncul sebagai perempuan yang sangat cantik - kulit putih gebu, rambut hitam panjang bergelombang, mata yang menggoda. Dia sering memakai pakaian tradisional Morocco yang mewah.

Tapi ada satu kelemahan yang mendedahkan identiti sebenar dia:
Kaki dia bukan kaki manusia.

Ada yang kata kakinya macam kaki kambing. Ada yang kata kakinya macam kaki unta. Dan ada yang kata kakinya terbalik - tumit di depan, jari kaki di belakang.
Macam mana pun bentuknya, kalau kau ternampak seorang perempuan cantik dan kau pandang ke bawah dan nampak kaki yang bukan kaki manusia... itu Aisha.


Perwatakannya:

Aisha adalah jin yang kompleks. Dia boleh jadi:

  • Penyayang dan pelindung - kepada mereka yang dia suka
  • Cemburu dan posesif - kepada mangsa yang dia "pilih"
  • Kejam dan menghancurkan - kepada sesiapa yang menolak atau mengkhianatinya

Yang paling berbahaya tentang Aisha ialah - dia mudah jatuh cinta dengan manusia.

Dan bila Aisha jatuh cinta dengan seseorang... dia takkan lepaskan orang tu.

1772699085209.png




Kisah Nadia dari Fez
(Berdasarkan kajian etnografi di Morocco, 2023)


Nadia (bukan nama sebenar) berumur 20-an tahun bila dia mula merasakan sesuatu yang tak kena.

Dia seorang gadis biasa yang berasal dari Fez, Morocco. Nadia berhenti sekolah awal dan tinggal dengan keluarganya. Sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Tapi beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang, Nadia mula mengalami simptom-simptom pelik:

  • Perut yang sentiasa kembung tanpa sebab perubatan
  • Ketakutan yang melampau pada waktu malam
  • Tak boleh tidur - insomnia yang teruk
  • Kadang-kadang, dia akan "hilang kawalan" dan bertindak ganas

Keluarga Nadia bawa dia ke pusat rawatan ruqyah - tempat di mana ustaz-ustaz pakar akan membaca ayat Quran untuk mengesan dan menghalau jin dalam atau luar tubuh. Bila ustaz mula membaca, sesuatu terjadi… Nadia mula menjerit. Badannya mengejang. Matanya terbuntang luas. Dan suara yang keluar dari mulutnya... bukan suara Nadia.

"Dia milik aku," kata suara tu - suara perempuan yang parau dan marah. "Aku dah pilih dia. Kau tak boleh ambil dia dari aku."

Ustaz tu terus membaca. Nadia menjerit lebih kuat.

"Aku Aisha!" jerit suara tu. "Aku tak akan pergi!"



Kenapa Aisha "Pilih" Seseorang?


Dalam kepercayaan rakyat Morocco, Aisha Qandisha tidak merasuk seseorang secara rawak.

Dia "memilih" mangsanya berdasarkan beberapa sebab:

1. Mangsa mencerobohi wilayah dia: Aisha dikatakan tinggal di tempat-tempat tertentu - terutama berhampiran sungai, telaga, dan sumber air. Kalau seseorang pergi ke tempat-tempat ni tanpa membaca bismillah atau doa perlindungan... Aisha mungkin ternampak dan suka kat orang tu.


2. Mangsa menarik perhatian dia: Lelaki yang tampan, atau perempuan yang cantik, lebih berisiko untuk "dipilih" oleh Aisha. Dia tertarik kepada kecantikan.


3. Sihir dan jampi:
Kadang-kadang, seseorang dihantar kepada Aisha melalui sihir. Musuh atau orang yang dengki akan pergi kepada tukang sihir dan minta supaya Aisha "dikenalkan" kepada mangsa.


4. Kelemahan rohani:
Orang yang jauh dari agama, yang jarang solat, yang suka buat maksiat - lebih mudah untuk Aisha dekati.



Apa Yang Terjadi Bila Aisha "Berkahwin" Dengan Seseorang?


Ya. Dalam kepercayaan Maghribi, Aisha boleh "berkahwin" dengan manusia.
Dan bila ini terjadi, hidup mangsa akan jadi seperti dalam neraka.

Simptom-simptom "perkahwinan" dengan Aisha:

  • Mimpi-mimpi bersetubuh dengan perempuan yang tak dikenali
  • Rasa ada "sesuatu" yang berbaring di sebelah waktu sedang tidur
  • Tak mampu berkahwin dengan manusia biasa - setiap hubungan pasti akan gagal
  • Rasa cemburu yang melampau tanpa sebab
  • Kemarahan yang tak terkawal
  • Penyakit-penyakit pelik yang doktor tak dapat diagnos
  • Rasa "dimiliki" oleh sesuatu yang ghaib

Mangsa lelaki akan mendapati bahawa setiap kali mereka cuba berkahwin atau bercinta dengan perempuan lain, sesuatu akan terjadi. Pertunangan dibatalkan. Isteri minta cerai. Hubungan hancur tanpa sebab.

Sebab Aisha cemburu.

Dia tak mahu "suami" dia dengan perempuan lain.



Kisah Seorang Petani dari Luar Bandar
(Dikisahkan dalam kajian akademik tentang kerasukan jin di Morocco)


Seorang petani muda - namanya dirahsiakan - tinggal di kampung kecil berhampiran Marrakesh.

Satu malam, dia bermimpi tentang seorang perempuan yang sangat cantik. Perempuan tu datang kepadanya, tersenyum, dan berkata:

"Aku dah pilih kau. Kau milik aku sekarang."

Petani tu terbangun dengan peluh membasahi seluruh tubuhnya. Dari malam tu, hidupnya berubah. Dia mula bermimpi tentang perempuan tu setiap malam. Mimpi yang jelas. Mimpi yang intim.

Bila dia cuba bertunang dengan seorang gadis kampung, gadis tu tiba-tiba jatuh sakit teruk dan keluarganya terpaks membatalkan pertunangan.

Bila dia cuba bertunang dengan gadis lain, gadis tu bermimpi ngeri setiap malam - mimpi tentang perempuan berambut panjang yang mengancam akan membunuhnya kalau dia berkahwin juga dengan petani tu.

Pertunangan kedua pun dibatalkan.

Petani tu akhirnya pergi jumpa seorang ustaz yang terkenal dengan kebolehan mengubati kerasukan jin. Selepas membaca ruqyah, ustaz tu berkata:

"Kau dah 'dikahwinkan' dengan Aisha Qandisha. Dia tak akan lepaskan kau dengan mudah. Kena sabar dan istiqamah dalam rawatan ni ye."

Rawatan mengambil masa berbulan-bulan. Petani tu kena baca wirid dan istighfar setiap hari. Kena jaga solat lima waktu tanpa miss dan kena elak semua perkara maksiat.

Akhirnya, selepas hampir setahun, Aisha "bersetuju" untuk melepaskan petani tu - dengan syarat dia dilarang pergi ke tempat-tempat berhampiran sumber air pada waktu malam.

Petani tu bersetuju. Dia akhirnya berkahwin dengan seorang gadis kampung dan hidup dengan aman. Tapi sampai hari ini, dia tak pernah pergi ke tepi sungai atau telaga selepas maghrib.



Cara Melindungi Diri


Orang Morocco ada beberapa amalan untuk melindungi diri dari Aisha Qandisha:

  1. Baca bismillah sebelum masuk ke mana-mana tempat, terutama bilik air dan tempat berdekatan dengan air.
  2. Elak pergi ke sumber air pada waktu malam atau waktu maghrib.
  3. Jangan buang air panas ke dalam sinki atau lubang tanpa baca bismillah (jin dikatakan tinggal di tempat-tempat macam ni).
  4. Pakai besi - Aisha kononnya takut dengan besi. Ada yang pakai pisau kecil atau jarum di dalam poket sebagai perlindungan.
  5. Jangan terlalu berhias atau pakai wangian terlalu kuat bila keluar malam - Aisha tertarik dengan kecantikan dan bau harum.


Aisha Dalam Budaya Moden


Yang menariknya, Aisha Qandisha bukan sekadar cerita lama – sehingga kini, di Morocco dan negara-negara Maghribi, orang masih percaya tentang kewujudan dia.

Klinik-klinik ruqyah masih menerima pesakit yang mengaku dirasuk oleh Aisha. Ada yang siap mengadakan upacara khas - dipanggil hadra - untuk "berunding" dengan Aisha dan memujuknya supaya melepaskan mangsa.


Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register