BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar Malam Jin: Tempat Dua Dunia Bertemu (Mesir)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23

PASAR MALAM JIN DI MESIR: Tempat Dua Dunia Bertemu

~ Bila manusia dan jin berjual beli ~



Di Mesir, ada kepercayaan tentang tempat di mana manusia dan jin boleh berjumpa secara "aman" - untuk berjual beli.

Tempat ni dipanggil Souq Al-Jinn - Pasar Jin.


Latar Belakang

Mesir adalah tanah yang sangat tua. Peradaban Firaun. Piramid. Sphinx. Ribuan tahun sejarah. Yang juga mengandungi seribu satu kisah misteri disebaliknya.

Salah satu cerita mistik yang tersembunyinya adalah tentang pasar yang buka pada malam-malam tertentu, di mana jin datang untuk berjual beli dengan manusia yang "tahu caranya".

Lokasi pasar ni konon di kawasan gurun barat Mesir - jauh dari bandar, di tempat yang orang biasa takkan pergi.


Kisah Mahmoud - Pencari Barang Antik

Mahmoud
adalah pencari barang antik. Dia bukan archaeologist rasmi, tapi lebih macam "treasure hunter" yang cari barang-barang lama untuk dijual pada pengumpul barangan relik dan antik.

Kerja yang grey area dari segi undang-undang.

Tahun 2005, Mahmoud dengar cerita dari seorang orang tua Badwi tentang "pasar" di gurun - tempat di mana orang boleh dapat barang-barang yang takde di mana-mana kedai.

Mahmoud, yang memang suka adventure, tanya macam mana nak pergi. Namun Badwi tua tu menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh ajar. Pasar tu pilih siapa yang boleh datang. Kalau kau dipilih, kau akan tahu jalan."

Mahmoud ingat orang tua tu main-main.
Tapi sebulan kemudian...


Mimpi Yang Berulang

Mahmoud mula dapat mimpi yang sama setiap malam.

Dalam mimpi tu, dia berjalan di gurun pada waktu malam. Langit penuh bintang. Dia menelusuri satu jalan yang macam "terukir" dalam pasir - jalan yang agak bersinar di dalam gelap yang bawa dia ke satu tempat.

Pasar.

Tapi pasar yang pelik. Khemah-khemah diperbuat dari kain yang berkilauan yang tak pernah dilihat seumur hidupnya. Orang-orang berjalan di antara khemah-khemah… tapi, "orang-orang" tu tak boleh dilihat dengan cukup jelas. Kabur. Macam bayang-bayang.

Dalam mimpi, Mahmoud tak boleh masuk pasar tu. Dia cuma boleh tengok dari jauh. Setiap kali dia cuba jalan lebih dekat, dia terjaga.
Mimpi ni berulang selama tujuh malam.

Pada malam kelapan, dalam mimpi tu, salah satu "bayang" di pasar tu tiba-tiba berpusing dan memandang ke arah Mahmoud. Bayang tu angkat tangan dan buat isyarat "ke marilah".

Kemudian, dalam kepala Mahmoud, dia dengar suara:

"Jumaat depan. Bulan gelap. Ikut jalan yang kau tahu."

Mahmoud terjaga dari tidur dalam keadaan berpeluh-peluh.


Malam Jumaat

Mahmoud sepatutnya takut. Sepatutnya abaikan saja pasal mimpi tu. Tapi dia betul-betul ingin tau. Dan dia memang pencari barang antik, kalau ada tempat yang boleh dapat barang rare, dia tetap nak pergi.

Jumaat tu, bulan memang kurang bersinar kerana ia malam akhir bulan lunar. Mahmoud memandu keretanya ke gurun barat. Dia dah siap-siap bawa air, makanan, lampu suluh semua.

Bila sampai di penghujung jalan tar, dia turun dan mula berjalan.

Anehnya, dia macam dah tahu jalan mana nak pergi. Macam ada kompas dalam kepala yang arahkan dia. Dia jalan selama dua jam dalam gelap gurun. Kemudian dia sampai…


Souq Al-Jinn

Mahmoud kata ia macam pasar biasa – tapi bukan pasar biasa. Ada khemah-khemah. Ada para peniaga yang jual macam-macam barang. Ada bunyi tawar-menawar, bunyi orang berbual.

Tapi:

  1. Cahaya dalam pasar tu datang dari entah mana. Takde lampu, takde api. Tapi semuanya nampak jelas - dalam warna yang pelik. Warna yang Mahmoud tak boleh nak gambarkan macam mana rupanya. Bukan warna wujud kat dalam dunia ni.
  2. Peniaga-peniaga tu... ada yang nampak macam manusia biasa. Tapi ada yang jelas bukan manusia. Ada yang tinggi sangat. Ada yang terlalu kurus. Ada yang muka kabur. Ada yang... bentuk lain.
  3. Barang-barang yang dijual - ada yang macam barang biasa (kain, tembikar, barang kemas). Tapi ada yang Mahmoud tak pernah nampak sebelum ni. Botol berisi cahaya. Kotak yang berbunyi sendiri. Cermin yang tunjuk gambar yang bergerak.
  4. Bahasa – semua peniaga dan pengunjungnya bercakap dalam pelbagai bahasa. Mahmoud dengar ada yang bercakap bahasa Arab, tapi juga bahasa-bahasa yang dia tak kenal langsung. Tapi yang paling anehnya, dia boleh faham!


1773633448414.png



Pertukaran

Mahmoud, dengan beraninya (atau bodoh), berjalan masuk ke dalam pasar tu. Peniaga-peniaga memandang dia. Ada yang senyum. Ada yang tak endahkan.

Seorang "peniaga" – yang kelihatan seperti macam lelaki tua Arab, tapi mata dia keemasan, memanggil Mahmoud.

1773633358580.png


"Ahlan wa sahlan. Manusia. Lama tak nampak yang macam kau."

Mahmoud tanya: "Apa yang kau jual?"

Peniaga tu tunjuk koleksi dia - barang-barang kemas yang jelas sangat tua. Ada yang Mahmoud kenal pasti sebagai artifak zaman Firaun.

"Barang-barang yang dunia kau dah lupa," kata peniaga tu.

"Berapa harganya?"

Peniaga tu geleng.

"Di sini, kita tak guna duit kamu. Kita tukar dengan benda lain."

"Benda apa?"

"Tahun."

Mahmoud tak faham.

"Setiap barang ada harga dalam tahun hidup. Kau nak gelang Firaun ni? Lima tahun dari hayat kau. Kau nak cermin yang tunjuk masa depan? Sepuluh tahun."


Mahmoud Lari

Namun, Mahmoud bukanlah bodoh sangat. Bila dia dengar "harga" tu, dia sedar - ini bukan tempat untuk manusia. Ini tempat di mana jin "beli" sesuatu dari manusia - hayat, kesihatan, memori, atau lebih teruk lagi dari tu...

Mahmoud pun berpusing, cuba cari jalan keluar dari tempat tu. Kedengaran peniaga tu ketawa di belakangnya.

"Tak apa. Kau boleh balik. Tapi ingat - kalau kau cerita pada orang lain macam mana nak sampai sini... kau akan bayar harganya."

Mahmoud lari. Lari dalam gelap gurun. Bila dia berhenti, nafas tercungap-cungap, dia pandang belakang.

Takde apa-apa.

Pasar tu dah hilang. Cuma gurun kosong.


Selepas Kejadian

Mahmoud sampai balik ke kereta dia bila matahari terbit. Dia pecut kereta balik ke Kaherah.

Dan dia tak pernah ceritakan pada sesiapa macam mana nak sampai ke pasar tu. Sebab dia tahu - kalau dia cerita, nanti dia kena bayar. Yang dia kongsi cuma apa yang dia nampak - bukan jalan pergi ke sana.

Dan sampai sekarang, Mahmoud masih mimpi pasar tu kadang-kadang. Dalam mimpi, peniaga bermata emas tu masih tunggu dia.

"Bila kau nak datang balik? Aku simpan gelang tu untuk kau."


Pengajaran

Cerita ni mengajar kita:

  1. Jangan cari benda yang bukan untuk kita - dunia jin bukan tempat manusia
  2. "Harga" yang jin tawarkan selalu lebih mahal dari apa yang kau dapat
  3. Rasa ingin tahu ada hadnya - kadang-kadang, tak tahu lebih selamat


Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register