BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

The Hopping Corpses: Konvoi Balik Kampung (Hunan, China)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1767066436975.png



The Hopping Corpses: Konvoi Balik Kampung (Hunan, China)



Korang mesti pernah tengok filem lama hantu Cina lompat-lompat - Mr. Vampire yang tampal kertas kuning kat dahi tu kan? Sebenarnya, di sebalik filem kelakar tu, ada asal-usul yang agak gelap.

Zaman dulu di China, kalau orang mati jauh dari kampung halaman, kononnya roh diorang tak tenteram. Jadi, keluarga akan upah Pendeta Taoist untuk "bawa" mayat tu balik jalan kaki (sebab kos kereta kuda mahal gila).




Satu malam di jalan pergunungan berkabus di Wilayah Hunan, China (Zaman dulu-dulu)...


Malam tu kabus tebal. Master/Shifu Liu (Pendeta Taoist) – sedang berjalan di depan, manakala Ah Seng pula (murid baru) tengah bunyikan loceng.

Kling... Kling...

"Yin ren jie lu! Yang ren hui bi!" (Orang mati tumpang lalu! Orang hidup sila tepi!)

Di belakang Ah Seng, ada 5 mayat berbaris lurus. Muka pucat lesi, pakai baju rasmi Dinasti Qing (jubah biru/hitam), dan kat dahi masing-masing tertampal kertas kuning mantera (Talisman).

Mayat-mayat ni bergerak dengan cara melompat serentak setiap kali loceng bunyi.

Hop... Hop... Hop...

Ah Seng cuak. Ini kali pertama dia ikut konvoi ni.

Ah Seng: "Shifu, kenapa kita kena jalan malam je? Siang tak boleh ke?"

Shifu Liu: "Tak boleh. Kalau kena matahari, 'yang' (tenaga positif) mayat ni cair. Nanti diorang reput cepat atau jadi ganas."

Tiba-tiba, angin kuat bertiup. Entah macam mana, loceng kat tangan Ah Seng terlepas dan jatuh ke tanah.

Dan yang paling malang... tiba-tiba seekor kucing hitam liar entah dari mana, datang melompat keluar dari semak dan melangkah di atas kepala salah satu mayat tu.

Pantang larang paling besar: Jangan bagi kucing langkah mayat.

Tiba-tiba, mayat nombor 3 berhenti melompat.

Badan dia mula bergegar dan bergoyang kuat, kertas kuning kat dahi dia terbakar sendiri jadi abu

Mayat tu tetiba bukak mata. Mata dia hitam pekat. Kuku jari dia tiba-tiba memanjang jadi hitam dan tajam macam pisau. Gigi taring tumbuh keluar dari mulutnya.

Dia dah tak ikut arahan loceng. Dia dah jadi Jiangshi Liar.

Dia berpusing ke arah Ah Seng! Ah Seng pulak lupa nak tahan nafas! (Hantu ni cari mangsa ikut hembusan nafas manusia).

‘Hisss!!!’

Jiangshi (Vampire) tu melompat laju gila ke arah Ah Seng, tangannya lurus ke depan cuba nak capai cekik leher Ah Seng! Shifu Liu cepat-cepat gigit jari sendiri sampai berdarah, sapu darah kat pedang kayu pic (peach wood sword), dan melompat bersilat kungfu depan mayat tu… Maka berlaku pertarungan sengit antara Pendeta dengan Mayat hidup.

Akhirnya Shifu Liu berjaya menampal kertas mantera baru kat dahi mayat tu. Dan ia kembali jadi kaku serta-merta - terus berdiri tegak balik.

Ah Seng dah terkencing dalam seluar.

Shifu Liu (lap peluh): "Nasib baik sempat. Kalau dia dapat gigit kau tadi, kau pun jadi ahli lompat rombongan kita ni."




Trivia Pasal ‘Jiangshi’ (Vampire/Hantu Lompat Cina)

  1. Kenapa Melompat? (Sains vs Mistik)
    • Mistik: Sebab kaki diorang keras dan lutut tak boleh bengkok.
    • Realiti Sejarah: Sebenarnya, mayat-mayat ni dipikul guna galah buluh yang panjang. Dua orang pemikul (depan dan belakang) akan letak mayat di tengah-tengah galah (baju mayat disangkut pada galah).
    • Bila pemikul tu berjalan, galah tu akan bouncing (menghenjut). Dari jauh, dalam gelap malam, orang kampung nampak seolah-olah mayat tu tengah melompat-lompat sendiri sebab galah buluh tu warna gelap/tak nampak.

  1. Kenapa Tangan Lurus Ke Depan?
Sebab Rigor Mortis (kekejangan mayat). Mayat dah keras, jadi tangan tu kekal dalam posisi macam tu.

  1. Kertas Kuning (Talisman):
Ini teknik ajaran Tao. Kertas tu ditulis mantera untuk "kunci" roh dalam badan supaya mayat tu patuh arahan pendeta untuk bergerak balik kampung.




Realiti Sejarah dan Kepercayaan Cina Kuno

(Dilema besar pengurusan mayat perang dalam sejarah China kuno)



Bayangkan perang zaman Tiga Kerajaan (Three Kingdoms) atau zaman Dinasti Qin, ratusan ribu askar mati. Tak menang tangan Pendeta Taoist nak tampal kertas kuning sorang-sorang. Mahu jem jalan raya kalau beribu mayat melompat serentak balik kampung!

Realiti sejarah macam mana diorang uruskan mayat perang yang ramai-ramai tu:


1. Kubur Besar (Mass Graves)


Untuk askar biasa (pangkat rendah), diorang tak dibawa balik.

  • Kos logistik terlalu mahal.
  • Mayat akan ditanam beramai-ramai di medan perang tu jugak.
  • Ada peribahasa Cina lama berbunyi: "Ma Ge Guo Shi" (Bungkus mayat dengan kulit kuda). Maksudnya, askar sejati rela mati dan ditanam di medan perang, cuma dibungkus simple je.

2. Kubur Tanda (Cenotaph)

Disebabkan keluarga kat kampung nak jugak ada kubur untuk disembah (sembahyang nenek moyang), diorang guna kaedah "Kubur Roh".

  • Kawan-kawan seperjuangan akan bawak balik barang peribadi si mati. Contoh: Rambut, kuku, cebisan baju, atau lencana nama.
  • Barang-barang ni akan ditanam dalam keranda kat kampung halaman.
  • Jadi keluarga anggap roh dia dah "balik", walaupun jasad dia reput kat perbatasan.


3. Kenapa Mayat Tak dibakar?

Budaya Cina kuno berpegang pada ajaran Confucius: "Tubuh badan, rambut dan kulit adalah pemberian orang tua, tak boleh dirosakkan."

  • Membakar mayat (Kremasi) dianggap hukuman atau penghinaan. Roh takkan tenang kalau badan tak cukup sifat.
  • Sebab tu khidmat "Mayat Melompat" (Corpse Driving) tu wujud! Ia adalah servis premium untuk orang kaya atau orang awam yang mampu, supaya jasad boleh balik sempurna untuk ditanam dalam tanah famili.

Jadi, askar-askar perang malangnya... nasib diorang tak terbela sangat macam spesis yang Tuan Guru Liu bawak balik tu.
Yang melompat balik tu biasanya saudagar kaya atau orang kampung yang mati sakit jauh dari rumah.

Kalau perang, tanam situ je. Kalau ada duit, baru boleh upah hantu lompat bawak balik. Money talks, even in death.
Macam tu lah kisahnya.




Terracotta Warriors (Mati Edisi Maharaja):


Maharaja China yang pertama (Qin Shi Huang) takut gila mati. Dan dia jugak takut bila dia mati, musuh-musuh dia kat alam roh akan serang dia.

Tapi, dia tak bawak mayat askar betul - dia arahkan orang buat 8,000 patung askar dari tanah liat (Terracotta) saiz sebenar, lengkap dengan kuda dan senjata sebenar, untuk ditanam sekali dengan makam dia.

Tujuannya? Untuk jadi Bodyguard dia kat alam sana.

FAKTA YANG MIND-BLOWING: Setiap satu daripada 8,000 patung tu, muka dia lain-lain. Takde yang sama. Dikatakan pengukir tu tiru muka askar sebenar sorang demi sorang.


1767066304388.png


1767066193590.png


1767066250586.png




Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register