lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
RUMAH YANG DIBELI HANTU: Hantu Beli Rumah Dengan Emas
Kalau korang pernah travel ke Kemboja dan ambil jalan darat dari Phnom Penh ke Battambang, korang akan lalu satu jalan panjang yang dipanggil National Road 5. Jalan ni bukan jalan besar mewah, tapi ia lebih kepada jalan kampung yang menghubungkan beberapa wilayah di Kemboja tengah.
Di tepi jalan tu, dalam wilayah Kampong Chhnang, ada sebuah rumah.
Dari jauh, nampak macam rumah kampung biasa je. Rumah kayu atas tiang, gaya tradisional Khmer. Tapi kalau perhatikan betul-betul... korang akan perasan yang rumah tu macam sesuatu.
Bukan je senyap dan sunyi gila, malah yang paling pelik - tangga rumah tu dah hilang. Macam sengaja ditanggalkan supaya tak siapa boleh naik.
Orang tempatan panggil rumah ni "Pteah Khmaoch Tinh" (Rumah yang Dibeli Hantu).
Kemboja baru je keluar dari mimpi ngeri - Perang Saudara dah tamat.
Rejim Khmer Rouge yang bunuh hampir 2 juta rakyat sendiri dah jatuh. Orang ramai mula nak bina hidup baru termasuk sepasang suami isteri baru kahwin yang beli sebidang tanah di tepi National Road 5.
Diaorang bina rumah. Rumah kayu yang cantik, atas tiang tinggi, ada ruang luas untuk keluarga yang mereka rancang bina bersama. Rumah tu nampak sempurna, sampailah satu malam…
Dalam mimpi suami isteri tu, datang seorang tua.
Lelaki tua tu tak bercakap banyak. Dia cuma tunjuk ke arah rumah, dan buat satu tawaran:
"Aku nak beli rumah ni. Aku bagi kau tiga tael/tahil emas."
Tiga tahil emas (±112.5 gram) bukan jumlah kecil untuk pasangan muda, dalam zaman baru je lepas perang. Jadi dalam mimpi tu, diaorang pun bersetuju untuk jual rumah tu kat orang tua tu.
Pagi esoknya, bila pasangan tu bangun, diaorang jumpa bungkusan kain di depan pintu rumah. Dalam kain tu ada emas. Betul-betul tiga tael, macam yang dijanjikan. Emas tu nyata. Bukan mimpi.
Tapi pasangan ni... tamak sikit. Atau mungkin degil. Atau mungkin tak percaya sangat dengan mimpi. Jadi diaorang ambil emas tu. Simpan elok-elok.
Tapi rumah? Tak mahu lepaskan.
"Rumah ni kita yang bina. Kenapa nak bagi kat hantu?"
Malam demi malam, lelaki tua tu datang lagi dalam mimpi. Mula-mula dia minta elok-elok. Lepas tu dia mula memberi amaran. Suaranya makin tegas.
"Kau dah terima bayaran. Sekarang, pergi."
Namun, pasangan tu berdegil dan masih tak nak berganjak.
Tapi… di tengah-tengah PADANG - jauh dari rumah, di bawah langit terbuka. Sekeliling diaorang, semua barang-barang rumah tersusun rapi. Baju. Periuk. Tilam. Semuanya ada.
Macam ada orang atau sesuatu yang angkat diaorang keluar dari rumah, letak kat padang, dan susunkan barang-barang tu sebelum pergi. Pasangan tu tak pernah balik dan tidur dalam rumah tu lagi.
Dan sejak hari tu, rumah tu kekal kosong.
Rumah yang ditinggalkan biasanya akan jadi buruk. Habuk berkumpul. Sawang merata. Kayu reput. Serangga masuk.
Tapi rumah ni? Tak macam tu.
Disebab tangga dah takde, orang yang berani panjat tiang untuk masuk ke dalam rumah tu kata dalam rumah tu bersih. Sangat bersih. Takde habuk. Takde sawang. Macam ada penghuni dan berjaga.
Kat depan rumah pun yang ada cuma barang-barang persembahan macam kayu manis terbakar dan jag air. Pemberian dari orang luar yang datang berdoa, minta perlindungan, atau sekadar nak selamat lalu tanpa diganggu.
Cerita ni jadi begitu terkenal sampai syarikat filem Kemboja, CamPro Production, buat filem berdasarkan kisah ni pada tahun 2005. Tajuk Khmer dia "Pteah Khmaoch Tinh" (Rumah yang Dibeli Hantu).
Dan penggambaran dijalankan betul-betul di lokasi sebenar – rumah tu.
Sebelum start shooting, seluruh krew dan pelakon buat upacara doa Buddha - bukan sekadar formaliti, tapi betul-betul minta izin dari "penghuni" rumah tu supaya bagi diaorang kerja dengan selamat.
Kebanyakan masa, urusan penggambaran berjalan lancar. Tapi ada satu kejadian yang buat seorang pelakon sampai sekarang tak boleh lupa.
Satu malam, pelakon perempuan tu pergi ke tandas. Dalam perjalanan balik, dia terlanggar seorang perempuan berpakaian tradisional Khmer, berambut panjang hitam ikal. Pelakon tu minta maaf, dan perempuan tu senyum sikit sebelum beredar.
Keesokan harinya, pelakon tu cuba cari perempuan tu sebab nak minta maaf sekali lagi, dab nak kenal. Tapi bila dia tanya seluruh krew produksi... takde siapa pun yang kenal perempuan tu.
Tak siapa pernah nampak perempuan tu. Perempuan tu tak wujud dalam mana-mana rekod krew filem.
Orang Kemboja sangat percaya dengan roh dan arwah. Bukan main-main punya percaya.
Di depan setiap rumah dan kedai, korang akan nampak ‘spirit house’, iaitu rumah kecil yang diisi dengan makanan, air, bunga, dan kayu manis. Ini untuk "pujuk" roh yang merayau supaya tak masuk rumah sebenar.
Dan setiap tahun, ada satu perayaan besar yang dipanggil ‘Pchum Ben’ masa di mana orang Kemboja percaya roh tujuh generasi yang tak dapat lahir semula akan balik ke dunia selama tujuh hari. Roh-roh ni kononnya lapar. Tapi mulut diaorang kecil macam lubang jarum, tak boleh makan banyak, jadi diaorang merayau mencari makanan dalam keadaan terseksa.
Sebab tu orang Kemboja sangat serius bila bercakap pasal hantu. Sebab bagi diaorang, hantu bukan sekadar cerita - hantu adalah keluarga yang tak dapat betul-betul pergi.
Sampai hari ni, kalau lalu National Road 5 di Kampong Chhnang, masih boleh nampak rumah tu. Ia masih kosong. Masih bersih. Masih berdiri teguh.
Tuan tanah rumah tu pulak, dah berkali-kali cakap kat wartawan: "Mana ada hantu kat rumah ni. Semua tu cerita karut je."
Tapi orang tetap tak putus-putus datang nak berdoa kat stiu. Diorang tetap letak barang persembahan. Tuan tanah biarkan jelah dan jaga rumah tu sebagai tempat orang datang berdoa.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain, mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa, tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-