BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Youtube Video Dengan Bahasa Kasar Kini Boleh Menjana Pendapatan Menerusi Iklan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Adpocalypse yang berlaku hampir sedekad yang lalu menyebabkan pendapatan penghasil kandungan di YouTube terjejas. Berikutan perangai buruk Logan Paul dan PewDiePie, YouTube mengetatkan syarat kandungan yang boleh menjana pendapatan menerusi pengiklanan bagi menjaga hati pengiklan. Hari ini garis panduan pengiklanan YouTube telah dipinda membolehkan video dengan bahasa kasar di bahagian awal menjana pendapatan sepenuhnya.
1753937804053.png

Ini berbeza dengan garis panduan terdahulu yang memberikan arahan ketat sebarang bahasa kasar seperti mencarut tidak boleh digunakan dalam 7 saat pertama video. Jika ini dilakukan, janaan pendapatan akan dihadkan dengan video mempunyai ikon $ berwarna kuning apabila dilihat menerusi YouTube Studio. Sungguhpun begitu had akan dikenakan jika bahasa kasa digunakan dalam tajuk dan juga imej kecil video. Video yang dipenuhi bahasa kasar tanpa henti juga akan dikenakan had menjana pendapatan iklan. Pindaan yang diumumkan YouTube ini menerima reaksi positif daripada penghasil kandungan. Ramai merasakan keperluan untuk menapis sendiri dan penggunaan bahasa berlapik seperti PDF dan unalived tidak lagi sesuai.​
 
Back
Top
Log in Register