BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Anda Kini Boleh Memuat Naik Fail Dari Bar Carian Google

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Jika anda pengguna carian Google, anda septautnya sudah boleh melihat ciri baru yang ada pada bar carian Google. Mungkin anda tidak perasan, Google ada menambah ciri baharu pada bar carian Google.com dengan ikon “+” di sebelah kiri. Melalui butang ini, pengguna boleh memuat naik fail atau imej dan terus bertanya soalan berkaitan dalam AI Mode, yang akan menjawab secara interaktif seperti bot sembang. Walaupun begitu, fungsi ini agak mengelirukan kerana tiada label jelas yang mengaitkannya dengan AI Mode—hanya paparan “Muat naik imej” atau “Muat naik fail”.
1766167288632.png

Ikon Google Lens untuk carian imej tradisional masih kekal di sebelah kanan, menjadikan pengalaman pengguna bercampur aduk. Google mula mengintegrasikan AI dengan lebih mendalam dalam ekosistemnya, terutama ketika bersaing dengan ChatGPT. Contohnya, Gemini AI kini terbina dalam aplikasi Chrome untuk iPhone dan iPad.​
 
Back
Top
Log in Register