BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [UPDATE] Bukan disamun tapi tikam diri sendiri

keisannyaaa

rama sungguh orang yg tertekan zaman covid ni

harap2 segera dapatkan rawatan

depresi ni satu penyakit yg real, macam Covid juga. Tapi ramai yg pandang enteng depresi sebab kita secara akal biasa akan letak berjuta alasan utk nafikan.

sedang yg menderita depresi semakin ramai dan parah.
 
Pisau die pun too obvious amk kt dapur
Pjenayah pun ada taste la pilih pisau
 
Wanita didenda RM2,000

siti-nurafariyah-750x500.jpg

SELAYANG – Tindakan seorang wanita yang membuat laporan palsu berhubung kejadian samun hingga mengalami kecederaan membawa padah apabila dia didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Siti Nurfarahiyah Yusri, 20, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan, dan OKS membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Nurfarahiyah didakwa telah memberikan maklumat kepada seorang penjawat awam iaitu pegawai polis Mohd. Sheqal Roslan, maklumat secara lisan yang diketahui sebagai palsu.

Ia dengan maksud untuk menyebabkan penjawat awam itu menggunakan kuasa yang sah untuk menyiasat perkara seperti yang dilaporkan dalam laporan polis berkenaan yang mana pegawai polis itu sepatutnya tidak lakukan sekiranya fakta sebenar diketahui.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan 10, Taman Greenwood, Batu Caves, Gombak di sini pukul 4.24 petang pada 14 Ogos lalu yang didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Klau ikutkan org mcm nie jgn bg hukuman denda.....ada satu ngo yg perjuangkan kes2 mcm nie.....org dh stress tmbh lg stress
 
Kesian makcik ni ... Stress dapat sakit dapat denda dapat malu pon dapat ... Malaysia betul2 perlukan pakar psikologi dan kaunselor ... Antara kepakaran yg paling rendah sekang
 
20 gadis lagi tu. Umurnya bkn badannya
 
Tikam paha sendiri kerana tertekan

PETALING JAYA: Akibat tertekan, seorang wanita sanggup menikam paha dan mendakwa dicederakan penjenayah yang cuba menyamun dalam kejadian di Taman Greenwood di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian cubaan samun itu tidak berlaku namun mangsa telah mencederakan diri sendiri dengan menikam paha kanannya di lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan dijalankan mendapati mangsa telah mereka cerita kejadian cubaan samun tersebut dan menerima tujuh jahitan.

“Motif kejadian adalah mangsa mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mangsa akan dituduh esok di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana maklumat palsu, dengan niat menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri kerana ia adalah satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan ianya adalah satu kesalahaan di sisi undang-undang.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita cedera dipercayai ditikam penjenayah dalam cubaan samun di Taman Greenwood di sini, Sabtu lalu.

Mangsa dikatakan memandu kereta abangnya berhampiran Shell Taman Greenwood dan mendakwa didatangi penjenayah sebelum sempat menghubungi abangnya memaklumkan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Pulak dah. Buat penat pikir solution je.
Hawau.
 
Kesian.. orang dah stress jgnlah bg highlight rupa tu tambah lah org tertekan.
 
Depresi rupanya... Kita ni macam xde solution untuk depresi kan..

Kalau luar negara dia akan di asign dengan orang jabatan kebajikan xsilap... Setiap minggu kena jumpa dr untuk evaluate keadaan mental dan cara nak atasi
 
Back
Top
Log in Register