BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [UPDATE] Bukan disamun tapi tikam diri sendiri

Nasib baik tikam peha tak tikam tempat lain.
Kalau nampak ada senjata berbahaya atau peragut tu agresif, lepaskan saja lah beg tu.
Kalau hilang duit boleh cari lagi,
kalau hilang IC boleh mohon,
Kalau hilang kad bank boleh talipon bank.
Nyawa tu lebih berharga.
_______________________
tikaman di peha lebih berisiko berbanding perut, di peha ada saluran darah besar. kalau darah mengalir x berhenti boleh menyebabkan kematian.
 
Tak semudah tu nak buat gitu kat negara kita
Akan ambik masa lama
Sebab negara kita punya pakai undang² sivil kan
Ye.
Tu pasal kebanyakan kalau manifesto gebang gitu, sekadar modal politik je.
 
Tikam paha sendiri kerana tertekan

PETALING JAYA: Akibat tertekan, seorang wanita sanggup menikam paha dan mendakwa dicederakan penjenayah yang cuba menyamun dalam kejadian di Taman Greenwood di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian cubaan samun itu tidak berlaku namun mangsa telah mencederakan diri sendiri dengan menikam paha kanannya di lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan dijalankan mendapati mangsa telah mereka cerita kejadian cubaan samun tersebut dan menerima tujuh jahitan.

“Motif kejadian adalah mangsa mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mangsa akan dituduh esok di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana maklumat palsu, dengan niat menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri kerana ia adalah satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan ianya adalah satu kesalahaan di sisi undang-undang.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita cedera dipercayai ditikam penjenayah dalam cubaan samun di Taman Greenwood di sini, Sabtu lalu.

Mangsa dikatakan memandu kereta abangnya berhampiran Shell Taman Greenwood dan mendakwa didatangi penjenayah sebelum sempat menghubungi abangnya memaklumkan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

 
Back
Top
Log in Register