BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pemimpin Parti Politik Johor Parah Disyaki Tertembak Diri Sendiri - Ketua Polis Johor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141
56e4942c1dd8b95fecc17b3e42acecbd69f1b745d1bc5

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad

Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor Datuk Tan Lek Khang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bahagian dada ketika menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Ladang Rem, Kota Tinggi petang semalam.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerima laporan berkaitan kejadian membabitkan mangsa yang berusia 40 tahun itu pada 3.30 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga ahli perniagaan dipercayai tertembak diri sendiri ketika sedang dalam proses mengosongkan peluru daripada pistol miliknya sejurus tamat sesi latihan menembak.

"Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipercayai sedang mengosongkan peluru (pada pistolnya) namun berkemungkinan masih terdapat sebutir peluru di dalam senjata tersebut menyebabkan berlakunya letupan satu das tembakan terlepas ke arah dirinya sendiri.

"Jadi kita nak betulkan dakwaan yang mengatakan mangsa ditembak rakan. Menurut saksi yang ada di tempat kejadian, mangsa tertembak diri sendiri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kotinjen Johor di sini hari ini.

Ab Rahaman berkata mangsa yang tidak sedarkan diri sejurus kejadian telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau  berkata mangsa mempunyai lesen senjata api yang sah sejak 2022 untuk tujuan keselamatan diri serta sukan menembak dan insiden itu tidak melibatkan jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sembilan saksi yang berada di lokasi kejadian juga telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan, termasuk lima pengawal peribadi, anak tiri mangsa berusia 19 tahun, jurulatih serta dua rakan mangsa.

Beliau berkata dua pucuk pistol yang digunakan bersama kelopak dan peluru turut dirampas untuk tujuan siasatan forensik serta ujian balistik bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

 
Back
Top
Log in Register