BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Setakat 31 Ogos

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Setakat 31 Ogos​

01fe4368d71bcab398aca844efaa3b146a2e76d345807

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad

Polis Johor menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengeluarkan sebanyak 139,696 saman atas pelbagai kesalahan setakat 31 Ogos menerusi 2,527 operasi di seluruh negeri.

​Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata sepanjang operasi itu, sebanyak 981 tangkapan dibuat atas kesalahan lalu lintas dan jenayah selain polis juga menyita 4,197 kenderaan.

“Operasi menumpukan pada kesalahan yang berisiko menyumbang kepada kemalangan termasuk melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong di garisan berkembar.

“Turut diberi tumpuan ialah kesalahan menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan, kesalahan melibatkan penunggang motosikal serta aktiviti samseng jalanan dan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata pihaknya akan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan bersasar berdasarkan analisis data kemalangan, lokasi panas, waktu berisiko serta kategori pengguna jalan raya yang dikenal pasti berisiko.

“Matlamat utama penguatkuasaan bukan untuk mengeluarkan saman, membuat tangkapan dan menyita kenderaan tetapi sebagai langkah pencegahan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dan peraturan lalu lintas selain mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register