BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [UPDATE] Bukan disamun tapi tikam diri sendiri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,252
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,252
Reaction score
1,660
Points
201
Wanita cedera ditikam peragut
FB_IMG_1629016627517.jpg
FB_IMG_1629016629476.jpg
FB_IMG_1629016631427.jpg

Gombak: Berang gagal melarikan beg tangan, seorang penjenayah bertindak menikam paha wanita dalam cubaan ragut di Jalan 10, Taman Greenwood, Gombak, dekat sini, petang semalam.

Kejadian 4.24 petang itu menyebabkan wanita berkenaan cedera sebelum orang awam menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa sedang memandu bersendirian menggunakan kereta milik abangnya.

"Ketika sampai di tempat kejadian, seorang lelaki membuka pintu kereta dan cuba melarikan beg milik mangsa.

"Suspek tidak berjaya melarikan beg berkenaan dan bertindak menikam paha kanan mangsa sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak mampu memberi gambaran jelas mengenai lokasi kejadian sebenar kerana kecederaan yang dialaminya.

"Mangsa juga tidak dapat mengecam muka dan kenderaan digunakan suspek kerana masih dalam keadaan trauma.

"Selepas kejadian, mangsa sempat menghubungi abangnya menggunakan telefon memaklumkan ada lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya membuka pintu kereta dan cuba mengambil begnya," katanya.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang dengan ambulans dan kini masih berada di Zon Merah, namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil untuk membantu siasatan polis.

"Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

@hmetro
Gambar media sosial
 
Tikam paha sendiri kerana tertekan

PETALING JAYA: Akibat tertekan, seorang wanita sanggup menikam paha dan mendakwa dicederakan penjenayah yang cuba menyamun dalam kejadian di Taman Greenwood di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian cubaan samun itu tidak berlaku namun mangsa telah mencederakan diri sendiri dengan menikam paha kanannya di lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan dijalankan mendapati mangsa telah mereka cerita kejadian cubaan samun tersebut dan menerima tujuh jahitan.

“Motif kejadian adalah mangsa mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mangsa akan dituduh esok di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana maklumat palsu, dengan niat menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri kerana ia adalah satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan ianya adalah satu kesalahaan di sisi undang-undang.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita cedera dipercayai ditikam penjenayah dalam cubaan samun di Taman Greenwood di sini, Sabtu lalu.

Mangsa dikatakan memandu kereta abangnya berhampiran Shell Taman Greenwood dan mendakwa didatangi penjenayah sebelum sempat menghubungi abangnya memaklumkan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Wanita cedera ditikam peragut
FB_IMG_1629016627517.jpg
FB_IMG_1629016629476.jpg
FB_IMG_1629016631427.jpg

Gombak: Berang gagal melarikan beg tangan, seorang penjenayah bertindak menikam paha wanita dalam cubaan ragut di Jalan 10, Taman Greenwood, Gombak, dekat sini, petang semalam.

Kejadian 4.24 petang itu menyebabkan wanita berkenaan cedera sebelum orang awam menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa sedang memandu bersendirian menggunakan kereta milik abangnya.

"Ketika sampai di tempat kejadian, seorang lelaki membuka pintu kereta dan cuba melarikan beg milik mangsa.

"Suspek tidak berjaya melarikan beg berkenaan dan bertindak menikam paha kanan mangsa sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak mampu memberi gambaran jelas mengenai lokasi kejadian sebenar kerana kecederaan yang dialaminya.

"Mangsa juga tidak dapat mengecam muka dan kenderaan digunakan suspek kerana masih dalam keadaan trauma.

"Selepas kejadian, mangsa sempat menghubungi abangnya menggunakan telefon memaklumkan ada lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya membuka pintu kereta dan cuba mengambil begnya," katanya.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang dengan ambulans dan kini masih berada di Zon Merah, namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil untuk membantu siasatan polis.

"Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

@hmetro
Gambar media sosial

"Ketika sampai di tempat kejadian, seorang lelaki membuka pintu kereta dan cuba melarikan beg milik mangsa.

Ada kemungkinan pintu kereta tak berkunci masa kejadian
Disarankan masuk je dalam kereta
Terus kunci kereta dulu
Baru buat lain² perkara
 
Kalau kereta model lama, memang takde autolock.
Boleh pegi pasang autolock kedai accesories.
Sangat penting untuk safety.
Tinted juga perlu, takdela exposed.
 
Nasib baik tikam peha tak tikam tempat lain.
Kalau nampak ada senjata berbahaya atau peragut tu agresif, lepaskan saja lah beg tu.
Kalau hilang duit boleh cari lagi,
kalau hilang IC boleh mohon,
Kalau hilang kad bank boleh talipon bank.
Nyawa tu lebih berharga.
_______________________
 
Kereta model xsure tp baru tu ptotnye autolock. Kena hati2
 
"Ketika sampai di tempat kejadian, seorang lelaki membuka pintu kereta dan cuba melarikan beg milik mangsa.

Ada kemungkinan pintu kereta tak berkunci masa kejadian
Disarankan masuk je dalam kereta
Terus kunci kereta dulu
Baru buat lain² perkara

Peragut ni elok hari ditangkap...esok hukum bunuh shj...
 
Bila kena tangkap pandai lak buat muka kesian bila kena pukul.Tapi tu la mmg patut dipukulpun peragut2 ni.
 
Back
Top
Log in Register