BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor Peruntuk Lebih RM66 Juta Perkasa Sektor Kesihatan Awam Negeri

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Johor Peruntuk Lebih RM66 Juta Perkasa Sektor Kesihatan Awam Negeri​

252071fdc8f3e29ebb77d6005a069f396a2106d5abd71

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar pada Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Sunway Hotel Big Box hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Negeri Johor membelanjakan lebih RM66 juta bagi memperkasa sektor kesihatan awam negeri sepanjang tempoh empat tahun pentadbirannya.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan itu disalurkan bagi memastikan kebajikan dan kesihatan kira-kira empat juta rakyat negeri ini terus terpelihara.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak boleh berdiam diri dan sentiasa menitikberatkan isu kesihatan awam kerana ia melibatkan nyawa rakyat.

“Jika mengikut cara lama kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan lebih RM66 juta untuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), namun apabila melibatkan nyawa hampir empat juta rakyat Johor kita tidak boleh menutup mata dan memekakkan telinga.

“Sebab itu saya tidak pernah teragak-agak untuk turun padang bagi memperkasa JKNJ dan saya akan terus memberikan perhatian kepada sektor kesihatan awam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor  di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut.

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri juga akan terus membantu mencari penyelesaian terhadap isu kekurangan tenaga kerja kesihatan, khususnya melibatkan jururawat dan doktor di Johor.

“Di Johor, kita tahu terdapat kekurangan jururawat dan doktor. Kita akan bersama-sama mencari kaedah terbaik bagi memastikan kekosongan jawatan ini dapat diisi dengan segera,” katanya.

Pada majlis sama, Onn Hafiz turut mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada jururawat di seluruh Johor sebagai tanda penghargaan atas jasa serta pengorbanan mereka, selain RM100,000 kepada pembantu perubatan di negeri ini.

 
sementara bang non potong peruntukan kesihatan
 
Back
Top
Log in Register