BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viviana, Ani Maiyuni tersingkir di minggu suku akhir TTMM2

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Viviana, Ani Maiyuni tersingkir di minggu suku akhir TTMM2​

VIVIANA-TERSINGKIR-TTMM2.jpeg

`

Viviana, Ani Maiyuni tersingkir di minggu suku akhir TTMM2 SHAH ALAM – Konsert minggu kelapan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Viviana dan Ani Maiyuni gagal melangkah ke peringkat separuh akhir apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Viviana menyampaikan lagu Jai Ho dan turut berduet bersama ibunya menerusi lagu Oppa Gangnam Style. Selain Viviana , dua lagi peserta iaitu Cik B dan Kim Khairii turut berada di kedudukan tiga terbawah. “Tak sangka perjalanan terhenti di sini. Sedih itu memang ada. Terima kasih ummi atas penat lelah sebagai manager. “Saya minta maaf kalau ada buat banyak silap. Terima kasih untuk kenangan yang tercipta. Kepada rakan-rakan teruskan perjuangan,” kata Viviana dalam ucapannya. Sementara itu, Ani pula berkata dia tidak pernah menyesal dengan pencapaian anaknya di pentas TTMM2. “Viviana saya tak pernah rasa menyesal. Kita dah pergi sejauh ini. Saya nampak potensi anda. Ini bukan pengakhiran kita. Insya-Allah ada rezeki lain di luar sana,” ujarnya. Dengan tersingkirnya Viviana, maka tinggal enam lagi peserta manager dan artis yang akan berentap di peringkat separuh akhir. Mereka ialah Hussain, Azeva, Anggrek, Ammara, Cik B dan Kim Khairii. Kesemua peserta pada malam ini diadili oleh empat orang juri iaitu Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah, Hael Husaini dan Bella Astillah. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Viviana, jangan sedih2 lah, ni baru start je! Kat IG pun nampak happy2 lagi. Penat lelah tu biasa, rehat sat pastu bangun balik. Mana tau lepas ni ada offer best ambil je!

 
Back
Top
Log in Register