BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UniSZA, Vet Partners Meterai Mou Perkukuh Jaringan Kolaborasi Industri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

UniSZA, Vet Partners Meterai Mou Perkukuh Jaringan Kolaborasi Industri​

1e91fa2a9229ec4e7801bdfd6b6d9e6b6a577e8e25dbf

e1ffd2d35486073beb68ec45efba03266a577e9c8d52b

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Fadzli Adam (dua, kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Ketua Pegawai Eksekutif Vet Partners (M) Bhd Dr Tan Check Nam (dua, kiri) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kampus Gong Badak di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) memperkukuh jaringan kolaborasi industri dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Vet Partners (M) Sdn Bhd (Vet Partners) hari ini.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata kerjasama strategik itu bertujuan memperkasa pendidikan veterinar, penyelidikan berimpak tinggi serta pembangunan bakat yang kompeten dan berdaya saing, seiring dengan keperluan industri semasa.

Beliau berkata MoU itu juga selari dengan aspirasi Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023-2030 menerusi pelaksanaan beberapa strategi teras utama.

"Kerjasama ini dijangka menjadi platform kukuh untuk meningkatkan peluang latihan industri, pembangunan bakat, perkongsian kepakaran profesional serta pelaksanaan program akademik dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada pelajar, pensyarah serta pihak industri.

"Antara fokus utama yang dipersetujui melalui MoU ini ialah kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam menyediakan platform bagi memperkukuh aktiviti pengajaran, pembelajaran dan latihan praktikal, termasuk latihan industri, pendedahan klinik, amali veterinar serta latihan pengendalian pesakit haiwan," katanya selepas majlis menandatangani MoU berkenaan di Kampus Gong Badak di sini hari ini.

Fadzli menandatangani MoU bagi pihak UniSZA manakala Vet Partners diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Tan Check Nam.

Fadzli berkata kerjasama itu juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan veterinar yang lebih progresif dan berdaya saing selain memperkukuh hubungan antara universiti dan industri.

"Kita juga mengharapkan lebih ramai graduan berkualiti akan dapat dilahirkan, sekali gus mempertingkat impak penyelidikan dan inovasi negara," katanya.

 
Back
Top
Log in Register