combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MMM, Suhakam Meterai MoU Perkukuh Keselamatan Wartawan, Hak Asasi Manusia
Majlis Media Malaysia (MMM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memformalkan kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh keselamatan wartawan, hak asasi manusia dan amalan media yang beretika.
Dalam kenyataan hari ini, MMM memaklumkan kerjasama itu merangkumi tiga bidang, iaitu latihan untuk pengamal media, pembangunan bersama modul hak asasi manusia dan kewartawanan, serta penubuhan Kumpulan Kerja Bersama mengenai Gender, Media dan Hak Asasi Manusia.
"Pemeteraian ini ialah kerangka kerjasama rasmi yang pertama antara MMM dengan Suhakam, yang masing-masing ditubuhkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025 [Akta 868] dan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597].
"Melalui MoU ini, MMM dan Suhakam akan terus meneroka bidang kerjasama yang praktikal bagi memperkukuh perlindungan hak asasi manusia dan amalan media yang bertanggungjawab, di samping mengiktiraf peranan penting media yang bebas, beretika dan berintegriti dalam Malaysia," menurut kenyataan itu, hari ini.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengerusi MMM Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Pengerusi Suhakam Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus di pejabat MMM di Petaling Jaya.
Menurut MMM, bidang pertama, iaitu latihan dan pembangunan kapasiti untuk pengamal media akan memberikan tumpuan terhadap pencegahan gangguan dan keselamatan wartawan.
Hal ini termasuklah pengiktirafan bahawa gangguan yang dihadapi oleh wartawan boleh berlaku di luar persekitaran bilik berita atau tempat kerja konvensional, dan perhatian khusus turut akan diberikan kepada wartawan wanita, pekerja bebas dan pengamal media yang bekerja dalam bentuk pekerjaan yang kurang terjamin.
Bagi bidang kedua, iaitu pembangunan bersama modul hak asasi manusia dan kewartawanan yang berteraskan piawaian antarabangsa yang berkaitan, akan merangkumi antaranya pelaporan berasaskan pendekatan kesedaran trauma, pelaporan beretika tentang pengalaman mangsa yang terselamat, perlindungan sumber yang rentan, serta representasi gender dalam amalan bilik berita dan pelaporan.
"Bidang ketiga ialah penubuhan Kumpulan Kerja yang akan dipandu oleh Concluding Observations Jawatankuasa Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) terhadap Malaysia dan Syor-Syor Umum yang berkaitan.