BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Undang-undang SG mesti seiring dengan teknologi masa hadapan: Edwin Tong

Bob_SG

Fun Poster
Messages
721
Joined
Jun 14, 2025
Messages
721
Reaction score
2
Points
25

Undang-undang SG mesti seiring dengan teknologi masa hadapan: Edwin Tong​

screenshot_2026-07-15_132251_0.jpg

Menteri Undang-Undang Edwin Tong berucap di persidangan bagi Persidangan Persatuan Penasihat Perundangan Komanwel 2026, 15 Jul 2026. (Gambar: CNA/Alyssa Tan)

SINGAPURA: Undang-undang Singapura perlu mampu bertahan diuji masa dan bergerak seiring dengan teknologi yang belum meluas atau yang belum lagi dihasilkan, kata Menteri Undang-Undang Edwin Tong pada Rabu (15 Julai).

Berucap kepada para penggubal undang-undang di Persidangan Persatuan Penasihat Perundangan Komanwel 2026, Encik Tong berkata bahawa undang-undang "tidak boleh kekal statik sedang teknologi terus berkembang".

IKLAN

"Undang-undang mesti bergerak seiring dengan dunia, dan dunia tidak akan menunggu anda. Teknologi baharu, tingkah laku baharu akan wujud sebagai respons kepada teknologi tersebut, dan malangnya, ancaman baharu juga akan muncul," kata Encik Tong dalam ucapannya di persidangan tersebut.

Lantaran itu, Singapura tidak lagi menggubal undang-undang hanya untuk teknologi hari ini, kata Encik Tong sambil memberikan contoh bagaimana negara ini telah menggubal undang-undang seperti Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) dan Akta Ancaman Jenayah Online untuk menangani berita palsu dan jenayah siber.

"Kita perlu memastikan undang-undang kita dapat bertahan diuji masa, malah bagi teknologi yang mungkin belum dihasilkan atau belum meluas penggunaannya pada hari ini."

Persidangan itu, iaitu sebuah acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-17, menghimpunkan para penggubal undang-undang untuk membincangkan penggubalan perundangan di tengah-tengah landskap undang-undang serta sosiopolitik yang terus berkembang.

Dianjurkan di Singapura buat julung-julung kalinya, lebih 200 delegasi dari lebih 40 bidang kuasa menghadiri acara selama tiga hari itu. Para delegasi termasuk penggubal undang-undang daripada pejabat penggubalan dasar dan wilayah, hakim serta penasihat undang-undang pemerintah.

IKLAN

Tema tahun ini ialah “Legislating in a Changing World”, dengan topik-topik merangkumi penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) oleh pejabat penggubalan dasar dan undang-undang, pengurusan berkesan bagi pelan perundangan pemerintah, dan penggubalan undang-undang bagi menyokong keputusan digital.

Dalam ucapan pembukaannya di persidangan itu, Peguam Negara Singapura Lucien Wong berkata para peserta berhimpun semasa berlakunya "perubahan besar di dunia", termasuk perubahan demografi, perubahan teknologi dan perubahan kepada aturan antarabangsa.

"Undang-undang kita mesti seiring dengan perubahan ini di samping kekal jelas, mudah diakses dan patuh kepada prinsip-prinsip asas pemerintah yang bertanggungjawab serta kedaulatan undang-undang.

"Sebagai penjaga undang-undang, para penggubal memainkan peranan penting dalam bagaimana setiap daripada anda, dan setiap sistem undang-undang kita, disesuaikan dengan dunia yang berubah-ubah," kata Encik Wong.

Dalam ucapannya, Encik Tong turut menyentuh tentang sejarah Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan tanah yang terhad, yang memerlukan perundangan seperti Akta Mengekalkan Keharmonian Agama dan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum untuk memelihara keharmonian serta memperkukuh kompak sosial negara ini.

IKLAN

Beliau kemudian merujuk kepada Akta Pengambilan Semula Tanah sebagai contoh bagaimana undang-undang telah dipinda dan disesuaikan dengan keperluan masyarakat.

Akta Pengambilan Semula Tanah membolehkan tanah disatukan untuk tujuan awam yang besar, termasuk perumahan awam, hab pengangkutan utama dan infrastruktur penting seperti sekolah dan hospital, kata Encik Tong.

"Transformasi fizikal kita bukan sekadar hasil perancangan yang baik atau kejuruteraan yang hebat semata-mata. Ia juga dijayakan oleh undang-undang yang baik," tambahnya.

Beliau menarik perhatian bahawa undang-undang sebegini memerlukan keseimbangan antara keperluan yang berbeza, seperti hak individu untuk memiliki harta peribadi dan kepentingan awam yang lebih luas bagi memastikan tanah yang terhad dapat digunakan untuk memenuhi keperluan negara bagi pelbagai generasi.

Untuk tujuan ini, penggubal undang-undang perlu menjangkakan "bagaimana undang-undang akan berfungsi bukan sahaja pada hari ia dikuatkuasakan, tetapi untuk berpuluh-puluh tahun akan datang".

IKLAN

ANCAMAN ONLINE YANG BERKEMBANG

Encik Tong juga menarik perhatian kepada respons undang-undang Singapura terhadap ancaman dari ruang online, termasuk undang-undang mengenai kepalsuan online, ancaman jenayah, pencegahan penipuan dan keselamatan online.

Walaupun teknologi mengubah kehidupan menjadi lebih baik, ia juga mengubah bentuk ancaman, dengan berita palsu kini tersebar dengan meluas ke seluruh dunia dalam masa beberapa minit sahaja, kata Encik Tong.

Beliau memberikan contoh seperti 'deepfake' yang dijana AI, penyebaran maklumat peribadi atau doxxing dan penipu yang menyasarkan mangsa di luar negara mereka.

Jenayah siber menelan kos S$1.29 trilion setahun di seluruh dunia pada 2020, dengan angka itu dijangka meningkat kepada AS$1 trilion sebulan menjelang tahun 2031, kata Encik Tong yang memetik statistik daripada penyelidik ekonomi siber, Cybersecurity Ventures.

Di Singapura, lebih 37,000 kes penipuan dilaporkan pada 2025, dengan kerugian melebihi S$900 juta.

Sebagai respons, Singapura membangunkan "satu siri respons undang-undang" bagi menangani dimensi masalah yang berbeza, kata Encik Tong.

Sebagai contoh, para penipu menggunakan manipulasi psikologi yang sangat canggih, dengan lebih 80 peratus laporan penipuan melibatkan mangsa sendiri yang membenarkan pemindahan wang mereka.

Oleh itu, Akta Perlindungan daripada Penipuan membolehkan polis, dalam keadaan tertentu, menyekat sementara transaksi perbankan tertentu apabila seseorang dipercayai berisiko tinggi ditipu.

Sementara itu, Suruhanjaya Keselamatan Online yang bebas ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Online (Pelepasan dan Kebertanggungjawaban) bagi menyediakan saluran yang lebih pantas dan mudah diakses oleh mangsa untuk meminta pemadaman kandungan berbahaya atau menyekat akaun yang melakukan kesalahan.

Walaupun isu undang-undang mungkin berbeza, ia berkongsi falsafah yang sama bahawa undang-undang tidak boleh kekal statik sedang teknologi berkembang, kata Encik Tong.

Untuk itu, Encik Tong berkata penggubal undang-undang perlu menggabungkan pelbagai disiplin, menyelaraskan kepentingan, dan menterjemahkan dasar yang rumit menjadi undang-undang yang berkesan dan fleksibel.

Akhir sekali, masyarakat bergantung kepada undang-undang untuk mencerminkan "nilai-nilai mereka, memberikan kepastian dan meraih keyakinan orang awam", katanya.

"Anda diamanahkan bukan sekadar untuk menggubal; ia bukan sekadar memegang pena, tetapi untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar melaksanakan dasar dengan tepat, berfungsi dengan baik dan adil dalam amalannya, serta mampu bertahan diuji masa," kata Encik Tong.

 
Back
Top
Log in Register