BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubat sengsara

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Ubat sengsara


pix_middle

GEMBIRA...penduduk Taman Putra Budiman mengambil
air disalur selepas terputus bekalan lebih seminggu.


SERDANG: Sengsara lebih 3,800 penduduk Taman Putra Budiman dan kawasan sekitar yang terputus bekalan air sejak lebih seminggu lalu terbela selepas Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) tampil menghulurkan bantuan segera dengan membekalkan air menerusi lori milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Ia berikutan aduan penduduk yang tidak tahan selepas terpaksa mengangkut air setiap hari untuk kegunaan mereka di pangsapuri berkenaan dan keadaan menjadi lebih teruk terutama ketika umat Islam berpuasa.


Seorang penduduk, Azizah Abu Bakar, 34, berkata dia terpaksa mengangkut air ke rumahnya di tingkat tiga untuk kegunaan seharian dan ia menjejaskan kehidupan seharian dengan empat anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, bekalan air hanya akan diterima pada waktu tengah malam dan awal pagi menyebabkan ada penduduk terpaksa menunggu di bawah pangsapuri semata-mata untuk mengambil air menggunakan baldi.


“Saya sendiri terpaksa bergilir dengan anak mengangkut air sehingga tengah malam dan pada masa sama perlu menjaga anak kecil baru habis pantang. Kalau keadaan begini berterusan, tak tahulah bagaimana persiapan Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan tong air disampaikan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan, semalam.


Seorang lagi penduduk, Siti Aishah Adnan, 48, berkata sejak bekalan di kawasan itu terganggu, dia menghadapi kesukaran melakukan kerja rumah termasuk menyiapkan dua cucunya yang masih kecil kerana perlu mengangkut air.

“Saya sudah penat kerana berlarutan dalam tempoh lama. Kalau sebelum ini pernah berlaku, tapi hanya sementara. Ini tidak, pihak berkenaan seolah-olah lepas tangan dengan apa berlaku walaupun dalam bulan puasa,” katanya.


Sementara itu, Sohaimi berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan isu berkaitan rakyat Selangor dengan memberikan bantuan meringankan beban terutama mereka kurang mampu.





sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Ubatsengsara/Article
 
mcm ada sabotaj aje....
 
dah2 leer syabas.., bg kat kjaan negeri jer
 
siap bagi tong air percuma tu...dia sendiri yg buat masalah , dia sendiri selesaikan masalah terus jadi hero....
 
pandai ni...main psikologi. dia buat masalah dia jadi hero.
 
Back
Top
Log in Register