BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan Awal Kekurangan Ubat Langkah Proaktif Tangani Krisis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
30b4d4757b48de4a940835043d48becd6024c98a0f636

Amrahi Buang (Gambar fail)

Langkah mewajibkan syarikat farmaseutikal melaporkan kemungkinan kekurangan bekalan ubat sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal, berkuat kuasa 1 Julai ini, disifatkan sebagai proaktif serta mampu memperkukuh jaminan bekalan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Prof Amrahi Buang berkata inisiatif itu bagaimanapun perlu disokong dasar menyeluruh termasuk pewujudan stok penimbal dan pengukuhan keupayaan pengeluaran tempatan.

Beliau berkata isu keterjaminan bekalan ubat perlu diberi perhatian serius dengan mengambil iktibar daripada pengalaman pandemik COVID-19 apabila bekalan ubat asas seperti paracetamol mengalami kekurangan ketara.

“Ketika pandemik, ubat asas seperti paracetamol habis di pasaran. Ini menjadi pengajaran besar kepada negara supaya tidak lagi memandang remeh isu rantaian bekalan.

“Sehubungan itu, kami menyarankan kerajaan memberi perhatian serius terhadap keterjaminan bekalan, termasuk keperluan stok bagi menghadapi situasi luar jangka seperti peperangan atau bencana,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Amrahi yang juga Ahli Lembaga Penasihat Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata dalam situasi krisis, semua pihak termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)  perlu bertindak secara bersepadu, selain maklumat terkini amat penting bagi memastikan bekalan ubat mencukupi.

Mengulas punca gangguan bekalan, beliau berkata kira-kira 70 peratus bekalan ubat negara diimport, sekali gus mendedahkannya kepada risiko masalah logistik di luar kawalan.

Katanya Malaysia perlu membangunkan stok penimbal bagi ubat kritikal sebagai langkah keselamatan, selain menyemak semula Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML).

 
Back
Top
Log in Register