BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taklimat Khas PM Langkah Proaktif Hadapi Kesan Krisis Asia Barat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
67d6a4c420d1e2a27fe9317f52f4366e69c7861a85099

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki beramah mesra bersama pengunjung ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Temengor di Dewan Arena Gerik hari ini.

Inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan pertemuan dengan Premier serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi membincangkan perkembangan ekonomi negara disifatkan sebagai langkah proaktif dalam menghadapi krisis Asia Barat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pendekatan itu penting dan dapat memastikan setiap pandangan di peringkat negeri diambil kira dalam merangka strategi mendepani cabaran ekonomi global yang semakin kompleks.

“Ini bukan masa untuk menuding jari, siapa mentadbir, mereka akan hadapi masalah (cabaran) sama, jadi kita perlu hadapinya bersama-sama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Rumah Perakku Kota Malim Prima di sini hari ini.

Semalam, Anwar berkata kerajaan bercadang menghimpunkan kepimpinan tertinggi pentadbiran setiap negeri, termasuk pimpinan parti politik, dalam taklimat khas yang dijangka diadakan minggu depan.

Perdana Menteri berkata taklimat yang akan disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu bertujuan membincangkan langkah bersama bagi menjamin kemampanan ekonomi serta keselamatan negara susulan ketidaktentuan situasi di Asia Barat.

Pada masa sama, Saarani berkata kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri amat diperlukan supaya setiap keputusan yang dibuat lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, di GERIK, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya akan mengemukakan beberapa cadangan dalam pertemuan tersebut, khususnya melibatkan langkah segera menangani tekanan kos sara hidup yang dirasai rakyat.

"Oleh sebab itu, saya katakan platform (taklimat khas) minggu depan adalah yang terbaik dalam kita menyuarakan apa sahaja yang menjadi keutamaan kepada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor Datuk Salbiah Mohamed di Arena Gerik.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata dengan situasi semasa yang dipengaruhi oleh cabaran global serta ketidaktentuan konflik antarabangsa, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam setiap perancangan dan tindakan.

 
Back
Top
Log in Register