BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krisis Asia Barat: Stok Beras Negara Stabil, Cukup Bagi Tempoh Enam Bulan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Krisis Asia Barat: Stok Beras Negara Stabil, Cukup Bagi Tempoh Enam Bulan​

d5b661bd739840e25f2b253583a52f1465f9bee1747be


Stok fizikal beras negara berada pada tahap stabil dan mencukupi untuk menampung keperluan rakyat selama kira-kira enam bulan, dengan jumlah keseluruhan mencecah 1.237 juta tan metrik, memperkukuh kesiapsiagaan negara berdepan kemungkinan impak pergolakan geopolitik di Asia Barat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata jumlah itu merangkumi 200,000 tan metrik stok penimbal beras negara dan 1.037 juta tan metrik stok dagangan.

“Kita mengekalkan stok penimbal beras fizikal yang dikendalikan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) serta stok dagangan yang mampu bertahan sekurang-kurangnya enam bulan sekiranya berlaku krisis bekalan global," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkenaan langkah kesiapsiagaan negara mengekalkan stok penimbal makanan ruji dalam menghadapi krisis geopolitik antarabangsa.

Chan berkata mekanisme kawalan bekalan itu turut disokong oleh pemberian subsidi kerajaan bagi mengawal harga beras putih tempatan, sekali gus menjadikannya penampan harga yang stabil berbanding komoditi lain apabila berlaku lonjakan harga dalam pasaran luar.

Mengenai sasaran Kadar Sara Diri (SSR) beras negara sebanyak 80 peratus menjelang 2030, Chan berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah proaktif dengan memperluas penggunaan varieti padi rintang kemarau baharu.

Ini susulan wujud jurang peratusan SSR yang perlu ditangani berikutan trend penurunan pengeluaran dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dan ancaman fenomena El Nino.

"Satu daripada cara untuk mendepani masalah ini ialah memperluas penggunaan varieti padi rintang kemarau … , seperti MR 380, MR 381 dan MR 382. Kita nak melaksanakan amalan pengurusan air di ladang seperti Alternate Wetting and Drying (AWD) dan System of Rice Intensification (SRI)," katanya.

Beliau berkata KPKM turut melaksanakan projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan penaiktarafan sistem pengairan pertanian.

 
Back
Top
Log in Register