combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekalan Makanan Ruji Stabil, Stok Beras Mampu Tampung Keperluan Enam Bulan
Bekalan makanan ruji negara ketika ini berada dalam keadaan stabil dan mencukupi dengan stok penimbal beras mampu menampung keperluan domestik bagi tempoh enam bulan.
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan juga menetapkan harga Beras Putih Tempatan (BPT) dikekalkan tanpa kenaikan.
“Dalam keadaan global tidak menentu, keutamaan kita adalah memastikan bekalan asas tidak terputus dan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya pada taklimat krisis bekalan global di sini, hari ini.
Beliau berkata perkara itu antara dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen.
Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata kerajaan telah mengagihkan RM45.98 juta kepada 118,908 pesawah di Semenanjung Malaysia melalui Insentif Pembajakan Kepada Pesawah kerana memahami tekanan ditanggung mereka akibat perubahan cuaca dan peningkatan kos pengeluaran.
Berita lanjut menyusul.
Loading…
www.bernama.com