BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tok Mat sahkan BN ada persefahaman dengan rakan boleh ‘dipercayai’

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tok Mat sahkan BN ada persefahaman dengan rakan boleh ‘dipercayai’​

8a9529e0-bn-supporters-5.jpg

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, BN yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menang 14 kerusi.

Kerjasama itu mungkin membabitkan parti komponen PN seperti PAS dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) tanpa penyertaan Bersatu yang akan bertanding menggunakan logonya sendiri.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan juga mengesahkan BN akan bekerjasama dengan sebuah rakan ‘boleh dipercayai’ namun tidak mengumumkan parti terbabit.

“Seperti disebutkan pengerusi (Zahid Hamidi) bahawa ada pengumuman lain kerana kita masuk gelanggang PRN Negeri Sembilan dengan ada persefahaman dengan rakan boleh dipercayai.

“Tapi jangan risau, kita tiada persefahaman dengan Linggi,” katanya merujuk kepada Pakatan Harapan (PH) diwakili Menteri Besar Aminuddin Harun yang bertanding di kerusi itu.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jentera BN dan pengumuman calon parti itu pada PRN Negeri Sembilan.

Pada majlis itu, Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat mengumumkan senarai 25 calon BN.

BN turut meletakkan calon di Labu, disandang Ketua Bersatu Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker yang pada PRN 2023 menang atas tiket PN.

Bagaimanapun, tiada calon diletakkan BN di kerusi disandang PAS iaitu Serting, Paroi dan Bagan Pinang.

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, BN yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menang 14 kerusi.

PRN Negeri Sembilan dijadualkan 1 Ogos depan dengan penamaan calon berlangsung Sabtu ini.
 
Back
Top
Log in Register