afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Jangan sentuh isu adat sepanjang kempen, Tok Mat beritahu calon BN
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan bercakap kepada media selepas menyerahkan kertas pencalonannya di Dewan Sri Rembau.
Mohamad yang dalam misi mempertahankan kerusi Rantau berkata, beliau telah menjelaskan kepada calon BN supaya menghormati isu itu dan dijauhkan daripada kempen politik.
“Saya telah menjelaskan dan mengingatkan mereka bahawa semasa kempen, kita tidak boleh menyentuh isu itu.
“Adat mesti dihormati. Jangan dicampur dengan politik, khasnya semasa berkempen kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan,” katanya selepas menyerahkan kertas pencalonannya.
Kenyataannya menyusul gesaan Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim supaya semua parti tidak mengheret institusi diraja Negeri Sembilan dalam kempen PRN 1 Ogos ini.
Amaran itu susulan pertikaian diraja yang tercetus April lalu, selepas bekas undang Sungai Ujong, Mubarak Dohak dan tiga undang lain mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dilucutkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Kerajaan Negeri Sembilan menolak pengisytiharan itu dengan berkata, Mubarak telah disingkirkan daripada jawatannya sebelum ini.
Isu itu kemudiannya menjadi polemik politik apabila semua 14 Adun Umno menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun atas alasan cara beliau mengendalikan pertikaian diraja itu.