kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,702
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,702
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PRN NS: BN Umum 25 Calon, Tok Mat Kekal Di Rantau, Jalaluddin Di Pertang
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) mengangkat tangan bersama sebahagian calon pada majlis pengumunan Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Turut sama Pengarah Pilihan Raya BN Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias (empat, kiri).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan senarai 25 calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang menampilkan gabungan penyandang dan muka baharu.
Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan senarai itu turut mengesahkan beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.
“Terima kasih Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana) beri kepercayaan (kepada saya) untuk mempertahankan (DUN Rantau),” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera BN dan pengumuman calon bagi PRN kali ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini.
Beliau turut mengumumkan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, akan mempertahankan kerusi DUN Pertang yang dimenanginya sejak 2013 manakala Datuk Mohd Faizal Ramli di Linggi dan Datuk Mustapha Nagoor di Palong.
Bagaimanapun, berdasarkan senarai calon yang diedarkan kepada media, terdapat 11 lagi kerusi DUN belum dimuktamadkan iaitu Klawang, Serting, Lobak, Sikamat, Ampangan, Bukit Kepayang, Mambau, Paroi, Lukut, Bagan Pinang, Gemas.
Berita lanjut menyusul.