BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tok Mat bertembung PH di Rantau

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Tok Mat bertembung PH di Rantau​

8db5f8a6-mohamad-hasan-dan-azizul-hakim-mahdi-fmt-180726.jpg

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dicabar calon PH Azizul Hakim Mahdi di DUN Rantau.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan selama tiga penggal itu yang lebih dikenali Tok Mat, diiringi Pengerusi BN, Zahid Hamidi ketika menyerahkan kertas pencalonannya di Dewan Seri Rembau di sini.

Beliau antara calon berprofil tinggi yang bertanding pada PRN 1 Ogos ini untuk mempertahankan DUN Rantau yang dimenanginya selama enam penggal sejak 2004.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 10,280 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan Perikatan Nasional pada PRN 2023, di mana BN dan PH bertanding sebagai sekutu ketika itu.

Kali ini, BN bekerjasama dengan PN,manakala PH bertanding solo di semua 36 kerusi.

Rantau merupakan kerusi campuran di bawah Parlimen Rembau, yang turut diwakili Mohamad di Dewan Rakyat.

Terdapat 54.8% pengundi Melayu di Rantau, diikuti kaum India (27.6%) dan Cina (16%).

Mohamad yang juga menteri luar negeri pernah dilantik menteri besar Negeri Sembilan dari 2004 hingga 2018.

Pertandingan 3 penjuru di Paroi, Kota

Dua kerusi lain di Rembau — Paroi dan Kota — bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN, PH dan Bersatu.

Paroi bertukar tangan antara Umno, PAS dan Amanah sejak 2004, tetapi dimenangi Kamarul Ridzuan Zin dari PAS dalam PRN 2023 dengan majoriti 5,539 undi.

Kamarul kini dalam misi mempertahankan kerusi itu buat penggal kedua dan perlu bersaing dengan Ahmad Shahir Shah dari PH serta Nazree Yunus dari Bersatu.

Kerusi Kota pula akan menyaksikan saingan antara bekas Adun Suhaimi Aini dari BN, Allif Ibrahim (PH) dan Akmal Noradzmi Abd Rahim (Bersatu).

Kota di dalam genggaman Umno sejak kawasan pilihan raya itu diwujudkan pada 1959, walaupun Suhaimi memenangi kerusi itu untuk BN dengan majoriti tipis 135 undi tiga tahun lalu.

Sementara itu, DUN Chembong menyaksikan pertembungan antara Zaifulbahri Idris dari BN dan Danish Nazran Murad (PH).

Zaifulbahri mewakili Chembong sejak 2008 dan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 4,335 undi pada 2023.
 
Back
Top
Log in Register