BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Adun DAP dakwa BN, PN ada ‘persefahaman’ bentuk kerajaan negeri

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Bekas Adun DAP dakwa BN, PN ada ‘persefahaman’ bentuk kerajaan negeri​

91f14196-chew-chong-sin-fb-270626.jpg

Chew Chong Sin berkata peratusan keluar mengundi antara 65% hingga 75% diperlukan bagi menghalang PN dan BN memenangi kerusi. (Gambar Facebook)

Chew Chong Sin mendakwa wujud ‘persefahaman tidak rasmi’ antara kedua-dua gabungan itu, berdasarkan keputusan PN meletakkan 33 calon, menurut laporan China Press.

PRN Johor pada 11 Julai ini menyaksikan 56 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan melalui majoriti mudah.

“Keputusan Parti Wawasan Negara untuk tidak bertanding pada PRN Johor akan memberi ruang kepada calon MCA daripada BN mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu,” katanya seperti dipetik.

Chew berkata peratusan keluar mengundi antara 65% hingga 75% diperlukan bagi menghalang PN dan BN memenangi kerusi, sekali gus memastikan calon Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

Bekas Adun Mengkibol selama dua penggal itu berkata, sekiranya kerajaan perpaduan membabitkan wakil BN dan PN dibentuk, ia boleh membawa kepada pelaksanaan dasar konservatif yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat Johor.

“Saya menyeru pengundi Johor keluar mengundi dengan penuh semangat demi mempertahankan reformasi demokrasi dan pembangunan ekonomi,” katanya.

BN meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Ketua BN Johor Onn Hafiz Ghazi pada Rabu menolak kemungkinan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti selepas pilihan raya negeri itu.
 
Back
Top
Log in Register