kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,708
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,708
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Berikut ialah titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-69, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.
Ya Malik, Ya Khaliq, Ya Aziz, Ya Adzim.
1. Dialah ALLAH yang tiada tuhan selain Dia, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, ALLAH dari apa yang mereka sekutukan. Hamba-Mu melafazkan kalimah kesyukuran atas limpah rahmat Mu Ya Allah yang telah membolehkan hamba-Mu menyambut hari ulang tahun keputeraan kali keenam puluh sembilan dalam keafiatan dan terus bersemayam di takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam suasana negeri yang aman lagi sejahtera dan rakyatnya hidup rukun dan damai.
2. Tahun ini negara menyambut ulang tahun kemerdekaan keenam puluh lapan. Diputerakan 11 bulan sebelum bumi ini diisytiharkan negara merdeka, Beta merupakan generasi yang dibesarkan di bumi yang baharu mencapai kemerdekaan dan menempuhi usia pendewasaan dalam sebuah negara yang rancak mengisi agenda kemerdekaan. Justeru itu, Beta tiada pengalaman hidup zaman penjajahan atau menyaksikan gerakan dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Beta mempelajari zaman penjajahan serta gerakan dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan melalui catatan sejarah.
3. Sejarah mencatatkan kemerdekaan negara diperoleh melalui kebijaksanaan diplomasi, kearifan mentafsir isu yang sangat membimbangkan pentadbir kolonial, dan persepakatan yang dicapai oleh rakyat pelbagai kaum di bumi ini. Daya tarikan dan panjang akal, dikembari dengan kebijaksanaan diplomasi, dan sifat pragmatis, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman (Al-marhum) mencerminkan keluarbiasaan kebijaksanaan seorang negarawan; lantas memberikan kemenangan berunding kepada beliau yang berjaya mempertahankan kedaulatan takhta Raja-Raja Melayu, di samping berjaya menjamin perlindungan keistimewaan kepada orang Melayu yang diimbangi dengan kepentingan kaum-kaum lain, tersurat dimaktubkan dalam Perlembagaan Merdeka. Yang Teramat Mulia Tunku, yang memiliki hikmah dan keikhlasan, berserta jiwa kenegaraan yang tinggi, telah mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat merentasi kaum - merentasi agama – merentasi negeri. Rakyat pelbagai kaum dan agama di sebelas buah negeri di bumi ini, berjaya disatukan; mereka bersedia bekerjasama, bukan sahaja melalui pakatan politik tetapi membentuk komuniti yang lebih besar.
Titah Sultan Nazrin Pada istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Perak
Titah Sultan Nazrin Pada istiadat Menghadap Semba