BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Istiadat Mengarak Panji Lambang Taat Setia ATM Kepada Raja Dan Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Istiadat Mengarak Panji Lambang Taat Setia ATM Kepada Raja Dan Negara​

562d3b2dbe7fc540b2b85d436d04cb9f6a1fe04c07623

897795a84e69c29ab8ff8f72f619c5b46a1fe077dd9cc

137ac718b03f4f51ad9a79f4a9e737526a1fe0870eae3

Raptai penuh Istiadat Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dataran Pahlawan, Presint 1 hari ini berjalan lancar.

Raptai tersebut sebagai persediaan untuk acara sebenar yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong akan diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah manifestasi taat setia tidak berbelah bahagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada raja dan negara, selain simbol penghormatan tertinggi terhadap sejarah serta tradisi ketenteraan.

Panglima Briged Ke-12 Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Mahamad Fazli Mat Idris berkata panji-panji ialah simbol kedaulatan dalam perkhidmatan ATM yang sentiasa dipelihara setiap anggota kerana ia melambangkan maruah, kehormatan dan identiti sesebuah pasukan.

“Istiadat ini adalah antara acara ketenteraan paling utama dalam ATM dan lazimnya diadakan sebanyak tiga kali sepanjang lima tahun tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, iaitu pada tahun pertama, ketiga dan terakhir pemerintahan Seri Paduka Baginda.

"Panji-panji ini mempunyai sejarah yang panjang dan sejak dahulu lagi dianggap sebagai simbol tertinggi yang perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan, sebab itu setiap anggota yang terlibat dalam istiadat mengarak atau mengawal panji-panji akan mempunyai semangat dan kebanggaan yang tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Fokus 30 bertajuk "Mengenali Panji-Panji ATM: Simbol Kehormatan dan Tradisi Ketenteraan Negara" terbitan Bernama Radio, di sini hari ini.

Mahamad Fazli berkata bagi tahun ini, istiadat berkenaan diadakan bersempena dengan tahun ketiga pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas kali pertama dilaksanakan pada 2024 dan dijadualkan sekali lagi pada 2008 iaitu tahun terakhir pemerintahan Seri Paduka Baginda.

Beliau berkata istiadat yang bakal berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 5 Jun akan menyaksikan lima Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diarak oleh kontinjen gabungan daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Istiadat ini melibatkan 41 pegawai dan 635 anggota lain-lain pangkat dalam perbarisan, manakala jumlah keseluruhan yang terlibat termasuk urusan pentadbiran dan sokongan ialah 148 pegawai serta 1,192 anggota lain-lain pangkat.

“Panji-panji yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada rejimen, kor dan perkhidmatan ATM bukan sekadar pengiktirafan terhadap jasa cemerlang pasukan, malah merupakan rekod sejarah pengorbanan melalui 'Battle Honours' atau penghormatan tempur yang tertera padanya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register