BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Istiadat Mengarak Panji-Panji Lambang Kesetiaan Dan Patriotisme ATM - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Istiadat Mengarak Panji-Panji Lambang Kesetiaan Dan Patriotisme ATM - Fahmi​

2c5272c36bfd04cb5536e384a7d699c36a226ee4b1849

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberi tabik hormat kepada perarakan panji-panji pada Istiadat Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan, Presint 1, hari ini.


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda mencerminkan manifestasi kesetiaan tidak berbelah bahagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada raja dan negara.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata istiadat penuh tradisi ketenteraan itu turut memainkan peranan besar dalam menyemai semangat patriotisme, selain menghargai sejarah serta pengorbanan perjuangan benteng pertahanan negara.

“Tahniah kepada 148 pegawai dan 1,192 anggota daripada ketiga-tiga cabang ATM yang menjayakan penganjuran istiadat.

“Semoga seluruh warga ATM sentiasa diberi kekuatan, kesihatan dan perlindungan dalam melaksanakan amanah menjaga keamanan serta kedaulatan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke istiadat gilang-gemilang itu di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Fahmi turut menghadiri istiadat berkenaan.

Istiadat tersebut diadakan sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, iaitu bagi tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.

Istiadat itu juga adalah untuk menzahirkan sumpah dan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.

 
Back
Top
Log in Register