BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arca Gergasi Jalur Gemilang Lambang Patriotisme Warga IPD Mersing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Arca Gergasi Jalur Gemilang Lambang Patriotisme Warga IPD Mersing​

18959d5247562b558ec45a746c8e51e96a9037c708384

25c69bb8993ad826eab7ba9f9fca6b0d6a9037dd1a4c0

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani bergambar bersama Arca Jalur Gemilang Gergasi yang menggunakan 1,400 botol mineral terpakai di Kompleks Perumahan Polis, Jalan Jemaluang, Mersing hari ini.
Kredit foto: Nur Faradilla Mohamad


Semangat patriotik dan kreativiti warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing dizahirkan menerusi penghasilan Arca Jalur Gemilang gergasi di pintu masuk Kompleks Perumahan Polis, Jalan Jemaluang di sini dengan menggunakan 1,400 botol mineral terpakai.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata penghasilan arca itu dilaksanakan secara berperingkat dengan penglibatan kira-kira 200 penghuni kediaman itu termasuk pegawai, anggota dan ahli keluarga mereka.

Beliau berkata inisiatif itu bukan sahaja menyemarakkan patriotisme dalam kalangan warga IPD dan penduduk setempat malah menyokong usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

“Proses pemasangan mengambil masa dua hari dan siap sepenuhnya pada 17 Ogos lepas... ia bukan sekadar replika tetapi simbol semangat kerjasama, perpaduan dan usaha kitar semula demi kelestarian alam,” katanya kepada Bernama.

Abdul Razak berkata sambutan Bulan Kebangsaan yang berlangsung ketika musim cuti sekolah dijangka menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke daerah pelancongan lestari itu.

"...meskipun diperbuat daripada bahan kitar semula namun kita berharap setiap orang yang menyaksikan arca ini dapat bersama-sama menghayati erti kemerdekaan sebenar," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 116 warga IPD termasuk anggota Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) telah menyertai program pendakian Gunung Arong dan mengibarkan 69 bendera di puncak gunung berkenaan, Ahad lepas.

Abdul Razak berkata ini adalah kali kedua program itu dianjurkan selepas edisi pertama pada 2024 bagi menyemai semangat cintakan negara di samping memupuk kerjasama dan kegigihan dalam kalangan peserta.

 
Back
Top
Log in Register