BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Isu Tudung Corak Jalur Gemilang Tidak Lengkap

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80

Polis Siasat Isu Tudung Corak Jalur Gemilang Tidak Lengkap​

39f4460427df4d08584ef38ea7f64bec67f3359f33dfa

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat

Polis sedang menyiasat isu video tular di media sosial mengenai penjualan tudung bercorak Jalur Gemilang, yang didakwa tidak lengkap di sebuah pasar raya di Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan polis mengenai perkara itu, kira-kira 4.49 petang semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati hanya sebahagian tudung berkenaan mempunyai corak Jalur Gemilang tidak lengkap, yang diterima daripada pihak pembekal.

“Pasar raya berkenaan telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan serta mengasingkan tudung yang dikenal pasti tidak mempunyai corak Jalur Gemilang sepenuhnya daripada kawasan jualan, bagi mengelakkannya dijual di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata susulan penularan video berkenaan, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, berkaitan penggunaan Jalur Gemilang yang tidak menepati sifat yang ditetapkan.

Beliau berkata siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara yang tular di media sosial dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan, selain meminta mereka yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-7862 7100”, katanya.

 
Back
Top
Log in Register