BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Warga Singapura Dikompaun Susulan Penguatkuasaan Akta 672

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2eb46932744a249a5f905ba040c94de7695cc981393cc

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyantuni peniaga-peniaga gerai pada Majlis Sentuhan Kejayaan Jabatan Kerajaan Tempatan di pekarangan tapak Pasar Awam Sungai Jarom, Jenjarom hari ini.

Lima individu termasuk tiga warga Singapura dikenakan notis kompaun di Johor Bahru semalam susulan membuang sampah di tempat awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata maklumat terbaharu itu diterima daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang menjalankan pemeriksaan di Johor, susulan penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada 1 Jan.

“Mereka ingat boleh (buang sampah di tempat awam), sekarang tidak boleh. Kita nak Singapura bersih, Malaysia lagi bersih,” katanya ketika berucap pada Majlis Sentuhan Kejayaan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Tahun 2025 di Pasar Awam Sungai Jarom di sini hari ini.

Mengulas lanjut pada sidang media, Nga berkata sebanyak 120 ‘ulat sampah’ dikenakan kompaun di ibu negara pada ambang tahun baharu dan tindakan perundangan seterusnya akan dilaksanakan pihak pendakwaan.

Mengenai pelaksanaan lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor yang tidak tertakluk dibawah Akta 672,  Nga berkata penguatkuasaan akan dilakukan pihak berkuasa tempatan.

Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 berkuat kuasa 1 Jan tahun ini sebagai hukuman bagi menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 31 Dis lepas, memaklumkan pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat itu akan berkuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah berkenaan akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.

Hukuman itu dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos 2025 dan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan sama.

 
Yang pengotor selalunya warga SG tapi lahir kat china atau india
 
Back
Top
Log in Register