BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabinet Setuju Perluas Pelaksanaan Akta 672 Ke Selangor - Nga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kabinet Setuju Perluas Pelaksanaan Akta 672 Ke Selangor - Nga​

5ae08b60d4fba1ba65fef168a1d75e446a69b418eca9f

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bercakap pada Sidang Media Pra Pelancaran Sambutan Hari Landskap Negara 2026 (HLN 2026) di kementeriannya hari ini.

Hari Landskap Negara 2026 akan berlangsung dari 6 hingga 8 Ogos ini di Stadium Hang Jebat, Melaka.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jemaah Menteri bersetuju memperluas pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) ke Selangor secara berperingkat melibatkan kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata pelaksanaan itu akan dibuat secara fasa ke fasa dengan sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kita akan terus membentuk sebuah pasukan petugas khas untuk merealisasikannya, supaya negeri Selangor sebagai antara lokomotif ekonomi negara kita...dengan tahap pembersihan awamnya juga kena tahap taraf dunia,” katanya pada sidang media sempena Prapelancaran Sambutan Hari Landskap Negara 2026 (HLN 2026) di sini hari ini.

Nga berkata selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dan Dasar Pembersihan Awam Negara, kerajaan MADANI tekad melaksanakan reformasi pembersihan awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Justeru, Nga berkata pelaksanaan Akta 672 di Selangor juga dijangka menceriakan sambutan ulang tahun Jubli Perak Sultan Selangor pada tahun ini.

“Ini adalah berita baik kepada warga Selangor. Kita akan mempertingkatkan lagi prestasi pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor dan semua 12 PBT akan terlibat, tetapi pelaksanaannya dibuat secara berperingkat," katanya.

Beliau berkata antara langkah yang akan dilaksanakan ialah memperkukuh pengasingan sisa di punca bagi meningkatkan kadar kitar semula negara selaras dengan negara maju.

Selain itu, Nga berkata kenderaan kutipan sampah yang menggunakan bahan api fosil termasuk diesel, akan digantikan dengan kenderaan elektrik secara berperingkat.

Nga berkata kutipan sampah dan kerja-kerja pembersihan juga akan dilaksanakan pada waktu malam.

 
Back
Top
Log in Register