combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor Datuk Ng Suee Lim
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Selangor dijangka memeterai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada suku ketiga 2026 atau selewat-lewat September tahun hadapan.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata pemeteraian akta itu membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilakukan dengan lebih tegas pada skala yang besar khususnya kes pembuangan sampah haram.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengadakan libat urus penilaian dengan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam (SWCorp) serta bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Di samping itu, katanya kerajaan negeri telah menyerahkan pelbagai dokumen dan inventori berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada kerajaan Persekutuan.
“Sudah satu setengah tahun kita menyerahkan kesemua keperluan tersebut termasuk melibatkan pihak ketiga. Kita sudah sampai peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
“Kalau tiada aral melintang, kita jangka suku ketiga pada September 2026, kita boleh tandatangan setuju bersama kalau syarat-syaratnya semua dipersetujui. Boleh kita laksanakan,” katanya kepada pemberita pada Op Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) Datuk Ramli Mohd Tahir
Ng berkata kepentingan dan kebaikan pelaksanaan akta terbabit adalah memberi kuasa lebih besar kepada pemantauan dan pentadbiran terutama melibatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pelupusan sampah haram.
“Dalam akta tersebut menyatakan sesiapa yang terlibat dengan pembuangan sampah haram boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan kompaun sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.
“Berbanding undang-undang kecil PBT, hukuman yang diperuntukkan adalah denda sebanyak RM1,000. Jadi, orang melupuskan sampah secara haram tidak takut dan enggan masuk ke pusat pelupusan ditetapkan kerana hendak jimat duit,” katanya.
Selangor Jangka Meterai Akta 672 Pada September 2026 - Exco
Ng Suee Lim, Akta 672, Sultan Selangor, pembuangan