BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Perluas Pelaksanaan WRUR Ke Peringkat Parlimen - Ab Rauf

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146
a0323873ba52a2794971c318fb0f9c2f69d0b4fcb95ac

--kredit FB Ab Rauf Yusoh

Kerajaan Negeri Melaka terus memperkukuh pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dengan memperluaskannya ke peringkat Parlimen bermula di Alor Gajah tahun ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat lebih menyeluruh dan berkesan.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pendekatan itu bertujuan memastikan kehadiran wakil rakyat dan kerajaan benar-benar dirasai masyarakat setempat selain mempercepat penyelesaian isu rakyat secara langsung di lapangan.

"Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan juga menjadi lokasi permulaan pelaksanaan WRUR tahun ini, yang merupakan pendekatan baharu diperluas ke peringkat Parlimen melibatkan pelaksanaan siri program secara menyeluruh dalam tempoh kira-kira sebulan.

"Program ini dimulakan di DUN Asahan dari 4 hingga 11 April sebelum diteruskan ke DUN Gadek (12 hingga 18 April) dan DUN Machap Jaya (19 hingga 25 April),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat DUN Asahan, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyempurnakan pelancaran WRUR DUN Asahan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan.

Ab Rauf berkata sehingga kini, sebanyak 11 program WRUR telah dilaksanakan daripada keseluruhan 28 DUN di Melaka dengan hampir 90 peratus aduan rakyat berjaya ditangani secara memuaskan, manakala selebihnya masih dalam proses penyelesaian.

“Antara pencapaian utama di DUN Asahan ialah siapnya Loji Air Jus Kedua bernilai RM11 juta yang dijangka mula beroperasi Mei ini yang bakal memberi manfaat kepada hampir 25,000 pengguna di kawasan berkenaan.

“Program ini turut melibatkan lebih 500 masyarakat Orang Asli melalui 10 program khas sebagai usaha memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya.

Dalam tempoh tiga tahun. katanya, lebih 200 pencapaian telah direalisasikan termasuk penyaluran hampir RM23.9 juta bantuan kebajikan kepada rakyat di DUN Asahan sahaja.

 
Back
Top
Log in Register