BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PBT Laksana Penguatkuasaan Buang Sampah Di Negeri Tidak Terima Pakai Akta 672

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
062972fd0afae640a079c844bf2bd137699aab37a33c7

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming

Negeri yang tidak menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan melaksanakan penguatkuasaan bagi menangani isu pembuangan sampah kecil melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata Perak termasuk antara lima negeri yang tidak menerima pakai akta itu selain Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.

“Setakat ini, sudah nampak hasil (menangani isu itu) dan usaha penguatkuasaan undang-undang akan diteruskan dan diperkasakan untuk negeri yang menerima Akta 672.

“Cuma di Perak, penguatkuasaan dilaksanakan oleh PBT (contoh) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kena pergi tangkap pesalah manakala negeri yang menerima pakai akta itu dibuat oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),” katanya.

Nga berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dewan Perhimpunan Cina Perak di sini hari ini.

Akta 672 setakat ini diguna pakai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah, Perlis dan Pahang.

Bermula 1 Jan, pesalah yang membuang sampah merata-rata di tempat awam di Malaysia berdepan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam, selain denda sehingga RM2,000.

Nga berkata pelaksanaan hukuman itu menunjukkan perkembangan positif selepas pesalah berjanji tidak akan mengulangi kesalahan selain mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

“Sebelum Tahun Baharu Cina sebanyak 755 orang ditahan dengan 478 telah didakwa ke mahkamah dan 15 sudah dikerah untuk menyapu jalan dan mengutip sampah.

 
Back
Top
Log in Register