combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Penguatkuasaan Akta 522 Tidak Libatkan Pesawah - Chan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin
Penguatkuasaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) yang telah dipinda tidak akan menyasarkan pesawah, sebaliknya ditumpukan kepada pemborong, pengilang, pengimport dan peruncit serta pihak terbabit dalam penyeludupan dan penyorokan beras.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata kesalahan dan tatacara tindakan di bawah akta itu akan diperincikan menerusi peraturan bagi memastikan ketelusan serta mengelakkan salah guna kuasa dalam pelaksanaannya.
"Secara amnya, kementerian akan mengambil pendekatan memberi amaran untuk kesalahan kali pertama dan sekiranya berlaku pelanggaran kali kedua dan seterusnya, kes berkenaan akan dibawa kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.
RUU itu kemudian diluluskan dengan lebih suara selepas dibahas oleh 20 senator.
Chan berkata antara kesalahan di bawah akta berkenaan ialah kegagalan mempamerkan atau memperbaharui lesen serta tidak mempamerkan label atau tanda berkaitan gred, harga dan berat dengan jelas dan tepat.
Beliau berkata penalti khusus yang lebih rendah diperkenalkan bagi memastikan peniaga kecil tidak dikenakan penalti am sehingga RM250,000 bagi kesalahan lebih ringan.
"Oleh itu, penalti khusus lebih rendah dan berkadaran ini bertindak sebagai satu mekanisme penguatkuasaan yang bersifat mendidik, telus dan tidak bersifat menindas," katanya.
Beliau berkata kementerian juga bersedia meneliti cadangan penggunaan sistem penjejakan digital beras bagi memantau pergerakan bekalan komoditi itu di pasaran.