BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peraturan Baharu Bas Ekspres Tidak Libatkan Kenaikan Tambang - APAD

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Peraturan Baharu Bas Ekspres Tidak Libatkan Kenaikan Tambang - APAD​

d56cdf4e8df7ed6cd8564c6ccdb34d6865fee39a5ccf6


Peraturan baharu perkhidmatan bas ekspres berkuat kuasa 15 Jun lepas bertujuan memperkemas pengkelasan perkhidmatan dan memperkukuh penguatkuasaan terhadap pengendali tanpa melibatkan sebarang kenaikan kadar tambang.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar tambang bas ekspres kekal seperti yang berkuat kuasa sejak 2013 walaupun segelintir pengendali kategori eksekutif dikesan menjual tiket di bawah kadar tambang minimum yang ditetapkan sekali gus menimbulkan kekeliruan mengenai perkhidmatan yang sepatutnya diterima pengguna.

Kenyataan itu memaklumkan melalui libat urus dengan pemain industri, pengendali bas ekspres turut menyuarakan kebimbangan amalan tersebut boleh mewujudkan persaingan tidak mampan selain ketidakseimbangan permintaan dan penawaran yang akhirnya membebankan pengguna dengan kadar tambang lebih tinggi, khususnya pada musim perayaan.

Menurut APAD, dua peraturan baharu yang dikuatkuasakan ialah Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Penetapan Kategori Perkhidmatan Bas Ekspres) (Pindaan) 2026 dan Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Kadar Tambang bagi Perkhidmatan Bas Ekspres) 2026, iaitu penambahbaikan kepada peraturan sedia ada sejak 2021.

Pindaan itu mengubah kaedah pengkelasan daripada berdasarkan bilangan tempat duduk kepada konfigurasi lajur tempat duduk.

"Menerusi kaedah baharu ini, Bas Ekspres Kategori Ekonomi ditakrifkan sebagai bas yang mempunyai susunan dua lajur tempat duduk berkembar (2+2) manakala Bas Ekspres Kategori Eksekutif ialah bas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lajur tempat duduk tunggal (2+1)," menurut kenyataan itu.

APAD memaklumkan bahawa pengkelasan yang lebih jelas membolehkan pengguna mengenal pasti kategori perkhidmatan dengan lebih mudah di samping memudahkan penguatkuasaan terhadap pengendali yang gagal mematuhi syarat pelesenan dan struktur kadar tambang termasuk menjual tiket di bawah kadar minimum.

"Pelaksanaan peraturan ini merupakan langkah penambahbaikan bagi memastikan pengkelasan perkhidmatan bas ekspres dilaksanakan secara lebih telus, melindungi hak pengguna berdasarkan kelas perkhidmatan yang dipilih dan mewujudkan persaingan yang adil dalam industri pengangkutan awam darat," katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Kadar Tambang bagi Perkhidmatan Bas Ekspres) 2026, kadar tambang bas ekspres kategori Ekonomi kekal pada kadar maksimum RM0.093 bagi setiap kilometer manakala kategori Eksekutif pada kadar minimum RM0.15 bagi setiap kilometer dengan kadar maksimum tidak melebihi RM300.

 
Back
Top
Log in Register