BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Lelaki Didakwa Jadi Ahli "Geng Captain Praba"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
8b3b3c3f631505b71cdceb804bd398da697a0429f40ff

Tiga individu didakwa terlibat dalam kumpulan jenayah terancang Geng 'Captain Praba' di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh C. Navindren Raj, S. Sridharan dan S. Pratifkumar selepas pertuduhan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan dibaca dalam Bahasa Tamil.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng Captain Praba”.

C. Navindren Raj, 38, S. Sridharan, 30 dan S. Pratifkumar, 30, yang  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes melibatkan jenayah terancang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim, V V Suloshani dan Lina Hanini Ismail manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Sean Dudley.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tiga lelaki itu yang juga suspek utama Ops Jack Sparrow ditahan di Mumbai, India pada Ahad sebelum tiba di sini pagi ini.

Pada 11 Sept lepas, pihak polis menjalankan operasi bersepadu di beberapa negeri yang dikenali sebagai Ops Jack Sparrow ke atas kumpulan jenayah terancang itu yang mempunyai 33 ahli, dengan individu yang digelar “Kapten Praba” dikenal pasti sebagai ketua kumpulan.

Mereka dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan, termasuk pembunuhan, serangan menggunakan senjata berbahaya, samun berkumpulan serta kes khianat dengan api.

 
4e7f68b0797d819dcbe917fcf0433d00697d93edba8a7

20d00e846125ad21954a32ef24931e2d697d940564702

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar ketika sidang media pada Program Community Policing 'Thaneer Panthal' Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha mengesan saki- baki kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba yang dikesan melarikan diri ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata pihaknya percaya suspek termasuk ketua kumpulan itu meninggalkan negara menggunakan lorong tikus.

“Kamu boleh lari tetapi tidak boleh bersembunyi daripada kami (polis). Kami akan mencari kamu,” katanya kepada pemberita pada program Thaneer Panthal sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Polis memburu ahli kumpulan Geng Kapten Praba menerusi OP Jack Sparrow selepas dipercayai menjadikan India dan Thailand sebagai lokasi persembunyian sejak September tahun lepas.

Sebelum ini, tiga ahli kumpulan itu ditahan di Mumbai, India pada Ahad lepas, selepas cubaan untuk memasuki United Kingdom gagal, dan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang sebaik tiba negara ini pada Rabu lepas.

Sementara itu, Kumar berkata program hari ini melibatkan 88 pegawai dan anggota PDRM menyediakan makanan serta minuman percuma, iaitu sebahagian daripada aktiviti kepolisan komuniti yang dijalankan sejak 38 tahun lepas.

“Pasukan polis dikenali dengan tindakan penguatkuasaan, tetapi kami di sini untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat dan berkongsi demi kebaikan negara kita,” katanya.

Pada program itu, PDRM turut mengedarkan lebih 1,000 beg cenderahati mengandungi maklumat Pusat Respons Scam Kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap jenayah penipuan.

Beliau turut menasihatkan pengunjung yang hadir ke sambutan Thaipusam supaya sentiasa mematuhi adat dan peraturan keagamaan bagi memastikan keadaan lancar dan selamat.

 
9f5c42d7fca25f6ba7d6884c6b0581e5697ef3999534e

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membawa pulang seorang lagi ahli kumpulan jenayah terancang, "Geng Captain Praba" yang diekstradisi dari Thailand, semalam.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba di tanah air kira-kira 10.30 malam tadi hasil kerjasama erat antara PDRM dan Polis Thailand.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini, polis sedang giat memburu baki 15 lagi ahli kumpulan ini yang dipercayai masih bebas," katanya kepada media selepas program kepolisian komuniti ‘Thaneer Panthal’ PDRM di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini hari ini.

Mohd Khalid berkata penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan ahli geng berkenaan yang berjaya ditangkap setakat ini sebanyak 17 orang.

Sebelum ini, PDRM berjaya membawa pulang tiga individu yang disyaki ahli kumpulan sama dari Mumbai, India.

Mohd Khalid berkata usaha mengesan suspek yang melarikan diri ke luar negara mempunyai cabaran tersendiri memandangkan mereka sering bertindak pantas meloloskan diri sebaik polis memulakan tindakan.

"Bagaimanapun, melalui kerjasama antarabangsa dan pertukaran maklumat perisikan dengan negara-negara terlibat, pihak berkuasa negara berkenaan akan menghubungi kita untuk tindakan susulan sebaik sahaja suspek dikesan," katanya.

"Geng Captain Praba" yang dikaitkan dengan pelbagai kes jenayah kekerasan dan samun bersenjata api adalah antara kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa.

 
Back
Top
Log in Register