BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13 Didakwa Jadi Ahli Kumpulan "Geng Captain Praba"

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,714
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,714
Reaction score
97
Points
80
67a693d93ec0d8cb70da97cbb1d8116c68e5ec68a2ea3

fc2d15e65c41fd12f0a6acd1f85986a268e5ec5d44670

Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’, yang didakwa terlibat di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat, antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025.

Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’.

Mereka ialah M. Lavindran, 27, M. Meganathan, 37, M. Tinesh, 20, K. Utayaragu, 29, M. Thinesh, 31, S. Jeevan, 19, J. Sangaranarayanan, 28, P. Joshua, 35, M. Devindran, 25, M. Nokarju, 29, S. Tivagaran, 22, S. Logeswaran, 26, dan D. Vijayakumar, 36.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa manakala 10 tertuduh iaitu Lavindran, Tinesh, Utayaragu, Thinesh, Jeevan, Joshua, Devindran, Nokarju, Tivagaran dan Logeswaran diwakili peguam P. Kunyalam.

Meganathan, Sangaranarayanan dan Vijaya Kumar pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

 
kes ape ni?curi kepala sawit?kenapa tangkap hidup?muka tgk satu2 mcm takde perasaan pun...senyum lg ada bangga dpt title...lepas penjara dah blh jadi abg brader
 
Back
Top
Log in Register