BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Perniagaan Didakwa Anggotai Kumpulan Jenayah Terancang "Geng TR"

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Ahli Perniagaan Didakwa Anggotai Kumpulan Jenayah Terancang "Geng TR"​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng TR” pada 2019 hingga 2024.

R. Ravindran, 46, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan laut di Jeram, Kuala Selangor.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng TR” antara November 2019 dan 3 Mei 2024, suatu kesalahan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza tanpa sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan tertuduh diwakili peguam Sean Dudley.

Terdahulu, Lina Hanini memohon tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan meminta kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang.

Mahkamah kemudian mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang untuk tindakan lanjut, manakala tarikh sebutan akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh pihak mahkamah melalui notifikasi.

Difahamkan, kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Tinggi Klang kerana prosiding membabitkan beberapa individu lain yang turut didakwa mempunyai kaitan dengan geng berkenaan sedang berjalan di mahkamah yang sama.

Semalam Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang menerusi operasi khas Ops Lima.

 
Back
Top
Log in Register