combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Lima Ahli Geng Lakino Garuda Didakwa Miliki Harta Curi
Lima ahli Geng Lakino Garuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki harta curi, iaitu tujuh gulung kabel solar milik sebuah syarikat, Jun lepas.
Lima ahli Geng Lakino Garuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki harta curi, iaitu tujuh gulung kabel solar milik sebuah syarikat, Jun lepas.
Teo Soon Wei, 36, dan empat warga Indonesia, iaitu Roy Padri, 26, Sare Tamanto, 35, Larino, 41, dan Supono, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama memiliki harta curi terbabit di tepi pagar kawasan sebuah projek solar di Pahang kira-kira 4.30 petang, 28 Jun lepas.
Kesemua lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi mencadangkan jaminan RM7,000 terhadap Teo, namun memohon tiada jaminan diberikan kepada empat warga asing itu kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Kesemua warga asing berkenaan diwakili peguam Azrul Hakimi Ramli, manakala peguam Tok Hong Chen mewakili Teo.
Tuan Ruzuaini kemudiannya menetapkan jaminan RM4,500 kepada Teo.
Dalam prosiding sama, empat warga asing berkenaan turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa sebarang pas atau permit yang sah.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.