combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,177
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,177
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Dua Remaja Mengaku Salah Miliki Motosikal Curi
Dua remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dan menyimpan motosikal curi dalam kejadian berasingan baru-baru ini
Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Kedua-dua remaja itu didakwa memiliki dan menyimpan harta curi iaitu dua motosikal jenis Honda C100 milik dua individu, di kawasan Surau Taman Mutiara di sini pada 11 malam, 14 dan 15 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, seorang daripada mereka turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan melupuskan harta curi iaitu sebuah motosikal jenis Honda C100, di parkir Surau Taman Mutiara di sini pada kira-kira 11 malam, 15 Julai lepas.
Bagi pertuduhan itu, remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Insp Farah Amira Mohd Hassim, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan seorang daripada tertuduh, yang berdepan satu pertuduhan, diikat jamin RM200, manakala seorang lagi yang berdepan dua pertuduhan diikat jamin RM400, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 8 Sept depan untuk mendapatkan laporan akhlak kedua-dua remaja itu sebelum menjatuhkan hukuman.
Loading…
www.bernama.com