BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Remaja Antara Lima Ditahan Tunggang Motosikal Secara Berbahaya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Dua Remaja Antara Lima Ditahan Tunggang Motosikal Secara Berbahaya​

c4a73fdc25b12521661bccc5d3c7e1496a8144f7f1052

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa (tiga, kanan) memeriksa penunggang motosikal yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE awal pagi tadi.

Dua remaja lelaki berumur 16 tahun antara lima penunggang motosikal yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dilaksanakan pada awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kesemua lima penunggang motosikal berumur antara 16 hingga 22 tahun itu ditahan selepas dikesan melakukan aksi "terbang" sejauh kira-kira dua kilometer di Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE), di sini.

“Lebuhraya DUKE adalah antara lokasi yang sering menjadi tumpuan kegiatan samseng jalanan selain Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Laut, justeru operasi seumpama ini dijalankan setiap hari.

“Kita menerima aduan daripada penduduk mengenai kegiatan samseng jalanan di kawasan ini yang menjadi tempat kumpulan motosikal berkumpul untuk menonton dan melakukan aksi berbahaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua lima lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi siasatan lanjut.

Mohd Zamzuri berkata dalam operasi itu, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap 778 kenderaan dengan sebanyak 450 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Kita turut menyita 41 motosikal membabitkan kesalahan pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi, termasuk sebuah motosikal yang tidak mempunyai brek belakang selepas komponen berkenaan diubah suai,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada remaja terbabit mengaku sering melakukan aksi "Superman" di Lebuhraya DUKE menggunakan motosikal milik ibunya untuk keseronokan walaupun mengetahui perbuatan tersebut berbahaya.

“Saya tahu aksi ini berbahaya, tetapi saya buat juga sebab suka-suka dan nak rasa puas,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register